RESEPI: Killer Soft Bread

Assalamualaikum & hai!

Kelmarin tertarik dengan satu resepi roti yang membuat hati kembali segar bugar. Tidak tahu kenapa, tetapi kerja ‘meroti’ ini semacam memberi satu kepuasan saat melihat keberhasilannya.

Memang sudah banyak resepi-resepi roti yang dicuba. Sukatan dan bahan pelbagai, tapi paling disukai adalah yang paling ringkas, hasilnya mantap, disamping tak perlu bahan terlalu ‘eksklusif’ (maksudnya disini: bahan spesial digunakan oleh kebanyakan pengusaha roti komersil yang membantu menghasilkan roti lebbbbih gebu, lebbbbih lembut, bermacam lebbbbih lagi). Soalnya, pengawet atau bukan pengawet?

Roti buatan di rumah khas untuk dimakan anak-anak, jadi sebolehnya biar bahan yang asas tanpa tambahan lain kecuali yang bagus sahaja. Apatah lagi bunda juga sibuk dengan berbagai urusan. Kita gunakan bahan apa adanya yang mudah didapati sahajalah ya.

Ok, ada apa dengan KILLER SOFT BREAD ini?

Ahoi! Hasilnya memang bagus sekali.
✔Rotinya lembut.
✔Resepi mudah diadun.
✔Urat rotinya cantik.
✔Roti homemade setanding bakeri. 😉

Terus ke resepinya saja ya,

RESEPI: KILLER SOFT BREAD
Sumber: xanderskitchen on cookpad, oleh s3pt3mbyoode

260 gram gandum protein tinggi (tepung roti)
3 gram ragi instant
180 gram cecair ( 1 telur + susu cair )
30 gram gula pasir
30 gram butter
2 gram garam

Inti: kacang merah

Caranya:

1. Bancuh telur bersama susu (bahan cecair).
2. Tambahkan kedalam bahan kering (tepung, gula pasir, ragi). Gaul bersama sehingga sebati memjadi adunan yang sedikit melekit.
3. Tambahkan garam dan butter sedikit demi sedikit, teruskan menguli sehingga adunan menjadi licin dan berkilat.
4. Bahagikan kepada 3 atau 4 bahagian. Canai dan boleh ditambahkan inti mengikut selera (kali ini: inti kacang merah sedia ada). Gulung dan bentukkan dengan rapi, isikan ke dalam loyang roti. Ulangi step sama untul kesemua baki doh.
5. Untuk dapatkan permukaan roti cantik berkilat boleh dioles dengan sapuan telur.
6. Biarkan doh mengembang sehingga dua kali ganda memenuhi loyang.
7. Bakar dalam oven pada suhu 175°C selama 10-15 minit, bergantung kepada oven anda masing-masing.

image
Adunan siap diisi dalam loyang & memgembang dengan cantik. Sebelum dan sesudah dimasak.

Nota:
Saya cuma adun dan uli menggunakan tangan sahaja. Lihat pada bahan pun hanya secawan tepung sahaja. ☺

Jangan risau lengan cantik bertukar jadi lengan Popeye. Tak pernah berlaku. Tapi selulit berkurang itu guarantee! 😂😂

image
Keberhasilan roti gebu, lembut dan enak dengan inti kacang merah kegemaran kami.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s