RESEPI: DAGING PEDAS MA

image

Ada dua cara masakan Daging Pedas Ma. Versi Raya dan Versi Makan Hari-hari 😂. Disini dikongskan resepi untuk masakan harian, kiranya lebih mudah dari segi persediaan bahannya berbanding resepi DPM Versi Raya.

Oh, sebelum anda tertanya apa itu Ma, bagaimanakah menyebut nama hidangan ini, adakah serupa ‘ma’ dalam bahasa Cina kah? Like, nee hau maa? 😂

Bukan… bukan.

Ma disini adalah panggilan kepada Emak. Ianya panggilan kepada ibu mertua saya. Ma. Dan, ya, ini resepi kesukaan keluarga.

Asas penyediaannya, sama seperti kita menyediakan sambal tumis.

Jom…

DAGING PEDAS MA
Oleh: Bundawidya

Bahan-bahan:
Daging lembu (boleh juga apa-apa daging yang anda suka -landak? Rusa?)

Cili kisar
Bawang kisar (merah & putih)
Garam
Serbuk kunyit
Sedikit kicap manis
Sedikit tauchu (dilumatkan)
Air assam jawa
Minyak untuk menumis.

(Maaf kerana tiada sukatan disini. Saya harap anda dapat mengagaknya, kerana nisbahnya daging-sambal adalah lebih-kurang, tidak terlalu lebih atau kurang antara keduanya).

Cara memasak:

1. Bersihkan daging dan hiris sedang. Tidak terlalu tebal atau nipis. Tidak terlalu kecil atau besar. Gaul rata garam, kunyit. Ketepikan seketika.

2. Kisar cili kering dan bawang merah, bawang putih. Nisbah bergantung tahap kepedasan cili. Dalam masakan ini, memang tiada menggunakan gula atau pemanis lain seperti gula kabung atau manisan. (Tapi, kalau nak cheat, ok je. 😁. Agak dalam nisbah 1 : 3 (cili : bawang) pun boleh. Ketepikan.

3. Rebus daging sehingga empuk. Kalau boleh, ketepikan sedikit air rebusannya untuk ditambah dalam sambal nanti. Setelah diasingkan air rebusan, panaskan minyak dan goreng daging sehingga bertukar warna agak perang. Angkat dan ketepikan.

4. Menggunakan minyak lebihan gorengan daging tadi (jika perlu tambah, boleh tambah), tumisjan bahan kisar. Sampai masak dan naik minyak. Tambahkan air sedikit demi sedikit, (termasuklah air rabusan daging yang kita simpan tadi) sepanjang proses menumis, jika terlalu kering.

5. Perasakan dengan garam dan air assam jawa. Masukkan daging, taucu dan gaul rata. Percikkan sedikit kicap untuk rasa manisnya. Reneh seketika lagi sehingga cukup mesra rasanya dan sambal cukup pekat, bergantung keinginan.

Sangat sesuai dan cukup menyelerakan dihidang bersama nasi panas, atau boleh juga dimakan bersama roti.

☺☺

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s