Apa itu Personal Branding.

Personal Branding : seperti yang dikongsikan oleh Puan Ainon Mohd di fb beliau.

Personal Branding

Apabila kita menggunakan FB sebagai platform bisnes, personal branding diri kita di dalam FB perlu di-rebranding dari waktu ke waktu.

+ Tukar nama samaran. Gunakan nama sebenar.
+ Tukar foto profail. Gunakan foto wajah sebenar.
+ Tukar konten dalam posting-posting.
+ Tukar jenis-jenis foto yang di-post.
+ Tukar gaya penulisan.
+ Buang sesetengah friends.
+ Edit semula ataupun delete sesetengah posting.
+ Delete sesetengah foto yang pernah di-post.
+ Asingkan akaun peribadi dan akaun bisnes.

Apabila kita mula membuat posting dalam Facebook, Twitter, Instagram dll, automatik kita sudah memasuki lubang ‘personal branding’. Tidak dapat dielakkan!

Apabila orang lain nampak foto yang kita post, ataupun membaca ayat-ayat yang kita tulis, mereka sudah mempunyai persepsi berkenaan ‘siapa’ kita. Persepsi orang itu mungkin tepat, mungkin tidak tepat, mungkin positif, mungkin negatif.

.
#8

Apabila menjalankan kerja-kerja personal-branding dalam media sosial, pilih 1 sahaja positioning.

Kita mahu dikenali sebagai businessman apa? Pilih 1 sahaja jawapan. Kemudian, tulis posting yang relevan dengan positioning itu.

.
#11
Dalam bisnes, apabila kita menjalankan kerja-kerja personal branding dalam media sosial, tujuannya hanya 2:

1. Mendapatkan kepercayaan dari friends dan followers kita dengan menulis posting-posting yang kontennya baik dan betul.

+ Mereka mesti percaya kita orang bisnes yang baik.

+ Mereka mesti percaya kita takkan menulis perkara dusta, takkan menipu, takkan memperalatkan mereka.

.

2. Mendapatkan hormat dari friends dan followers kita.

+ Apabila mereka hormati kita, mereka akan menutup aib kita.

+ Mereka akan menjaga air muka kita.

+ Mereka takkan berdusta tentang kita, takkan memfitnah kita, takkan berkata buruk tentang kita, takkan menyindir kita dan yang sewaktu dengannya.
.

#19
Tip ini khusus untuk orang muda yang belum ada ‘nama’, belum mempunyai banyak friends dan followers dalam media sosial.

Apakah personal-branding yang sesuai dibangunkan untuk orang muda yang mahu menggunakan media sosial sebagai alat bisnes?

Personal-branding perlu dilakukan dengan betul dan hati-hati.

Kita orang bisnes. Jangan main syok sendiri apabila menulis posting dan menge-post gambar-gambar peribadi.
.
Tulis posting-posting yang membantu perkara-perkara di bawah ini:

+ Orang yang membaca posting nampak kita sebagai anak muda yang baik akhlaknya.

+ Tampilkan diri kita sebagai anak muda yang mengamalkan budi bahasa yang baik. Tulis posting dengan menggunakan gaya bahasa yang halus dan baik.

+ Post gambar-gambar yang menunjukkan kita melakukan aktiviti sosial yang baik.

.
#25
Personal Branding 26

Apabila kita melakukan personal branding dalam media sosial macam Instagram, Twitter, FB, blog, video dll, perkara ini perlu difikirkan:

+ Apakah kita mahu supaya orang kenal muka kita?

Jika iya, maka kita perlu mengepos muka kita kerap-kerap. Sampai friends dan followers kita kenal sangat muka kita.

Namun ada risikonya, iaitu risiko over-exposure.

Apabila muka kita mengalami over-exposure, mungkin berlaku di mana orang lebih ingat muka kita daripada ingat nama kita.
.

Dalam melakukan personal-branding, kita mungkin terlebih-lebih mendedahkan muka kita kepada perhatian awam.

Ada risiko peribadinya di situ. Risiko itu adalah risiko sosial.

.

#26
Personal branding saya dalam media sosial adalah sebagai ‘businesswoman yang pro-aktif’. Perbuatan meng-komen-komen cerita yang tiada nilai ekonominya akan merosakkan personal branding saya itu. Saya akan dilihat sama sahaja macam orang lain, di mana mereka berfikir secara re-aktif.

.

#27
Apabila kita mem-branding-kan diri kita sebagai seorang entrepreneur dalam media sosial, kita perlu menulis konten-konten yang membuktikan diri kita ini seorang yang aktif membangunkan bisnes milik sendiri.

Tulis konten yang menceritakan:

+  Bagaimana kita menggunakan masa bagi melakukan aktiviti membangunkan bisnes kita.

+  Bagaimana kita membelanjakan duit bagi membiayai bisnes kita.

Barulah hasilnya nanti pembaca posting kita percaya kita seorang entrepreneur.

Nota: Jangan sibuk hendak menjual barang. Itu adalah tingkah laku seorang jurujual.

#28
Intrapreneur adalah staff makan gaji yang berfikir macam seorang entrepreneur.

Dalam lain perkataan, intrapreneur adalah entrepreneur yang makan gaji.

.

Apabila kita mahu mem-branding-kan diri kita dalam media sosial sebagai seorang intrapreneur, lakukan ini:

Ceritakan apa yang sedang dilakukan:

+ Kita sedang mencuba idea-idea baru dalam proses pengurusan syarikat.

+ Kita sedang menghasilkan produk-produk baru untuk dikeluarkan oleh syarikat.

+ Kita sedang mencuba solusi-solusi baru bagi menyelesaikan masalah lama dalam syarikat.

.

#29
FB adalah platform yang efektif bagi melakukan personal branding sebagai orang bisnes.

Gunakan FB sebagai funnel.

Mereka yang menjadi friends & followers kita itu kemudiannya boleh didorong supaya memahami nilai-nilai tonggak (core values) yang menjadi pegangan syarikat kita.

Apabila mereka faham dan bersetuju dengan nilai-nilai itu, maka lebih mudah kita dapat menjalin hubungan bisnes dengan mereka.

Justeru, tuliskan posting-posting yang menggambarkan nilai-nilai tonggak kita sebagai orang bisnes.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s