Griddle Cakes (Pancakes)

image
Pancake bersama potongan buah pisang, cip coklat, potongan mentega, jem buah-buahan, madu dan caramello.

Griddle atau Pan-cake adalah satu antara hidangan sarapan serba ringkas dan mudah disediakan. Jika sampungannya kena dengan selera, ianya akan menjadi satu hidangan lengkap yang mengeyangkan dan menjadi kesukaan terutamanya buat anak-anak.

Dikongsikan disini resepi Pancake yang biasa saya gunakan. InsyaAllah, tidak mengecewakan.

GRIDDLE CAKES (PANCAKE)
Oleh: sept3mbyood3
Sumber asal: The Good Housekeeping Classic Home Cooking, Hearst Books, London (2004).

Bahan-bahan:
1 cawan tepung serbaguna
2 sudu gula pasir
2 sudu teh baking powder
1/2 (setengah) sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam halus

1 1/4 cawan buttermilk, atau 1 cawan yoghurt ditambah 1/4 cawan susu
3 sudu makan mentega (dicairkan)
1 biji telur saiz A (dipukul ringan)

Minyak masak untuk disapu pada kuali.

Caranya:
1/ Gabungkan tepung dan bahan kering lain dalam mangkuk pengadun. Tambahkan buttermilk dan bahan cecair lain. Kacau rata cukup sekadar tepung mula bercampur dengan bahan basah.

2/ Panaskan griddle atau ceper atau kuali non-stick diatas api sederhana. Sapukan dengan minyak sedikit. Tuangkan bancuhan tepung menggunakan senduk kecil keatas kuali. Boleh buat beberapa keping pancake sekaligus. Masak sehingga adunan nampak naik dan bergelembung udara diatasnya, gelembung mula meletus dan sekeliling pancake kelihatan garing, kira-kira 2 minit. Terbalikkan pancake menggunakan spatula dan biarkan bahagian sebelahnya masak & bertukar perang. Pindahkan ke pinggan dan simpan dalam oven suhu 100Β°C utk kekal suam.

3/ Ulang langkah diatas sehingga semua adunan habis. Enak didangkan bersama buah-buahan beri yang masam atau pisang dan mangga, madu, coklat cair, caramello, mentega cair… endless! πŸ˜‚πŸ˜ƒ

Buku The Good Housekeeping Classic Home Cooking, Hearst Books, London (2004) ini telah lama menjadi rujukan saya. Dibeli di BookXcess Amcorp Mall pada tahun 2012 dulu.

image
Suka melihat buku yg comot dan penuh 'bookmark' ini. 😍

BookXcess ini memang sudah terkenal sebagai satu antara kedai buku best di Lembah Klang. Banyak buku terbitan terkenal dijual disini dan boleh didapati pada harga murah. Namun perlu diketahui, buku-buku yang dibawa masuk mengikut kesediaan stok ‘over print’. Jadi, jika sekali stok habis, kemungkinan buku tidak akan ditambah lagi disini.

image
Bekal anak-anak ke sekolah.

Selamat memulakan hari!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s