(Resepi) Mochi.

Kelihatannya Mochi (sejenis kuih Jepun) sedang in sekarang. Pertama kali menikmati mochi saya tak dapat meningat dimana… tapi ingatan tentangnya lekat.
.

image
Maaf ya, rupa paras Mochi pertama saya masih belum cantik. 😁😁

Kuihnya lembut… sedang manis sahaja tidak keterlaluan. Ya, sedap -bagi yang menggemari.
.
Jika mahu yg segera, boleh beli saja dari jenama Sweetie di pasaraya, pun kadang ada. Siap berinti kaya pandan, kacang merah atau peanut butter. Sedap juga.
.

Kuih ini memang mirip sekali dengan kuih Tepung Gomak. Biasa dengar kan? Apakah barangkali pengaruh Kelantan dibawa pulang ke Jepun oleh tentera yg selamat? Ataukah pengaruh ini dibawa oleh tentera Jepun sewaktu mereka mendarat di Kelantan? Hemm..hemm..hemm 😃😃 Bahan juga hampir sama. Cuma cara penyediaan ada pelbagai untuk memasak dohnya. Samada dikukus atau direbus (ini mirip pula debgan penyediaan kuih Buah Melaka). ☺
.
Jom lihat cara yang telah saya cuba beberapa hari lepas -cara kukus. Memandangkan ada yang meminta, saya catatkan disini buat rujukan mendatang.

MOCHI
Resepi oleh: S3pt3mbyoode

(cukup sekali makan, dapat dalam 15 ~ 20 biji mochi bergantung saiz anda)

Bahan doh:
6 sudu besar tepung pulut
2 sudu besar tepung beras
(Dicampurkan dapat dalam anggaran 1 cawan)
1 sudu besar minyak masak
Sedikit garam
1 cawan air
Pewarna pilihan

Bahan salutan:
Tepung jagung (secukupnya, disangai sehingga agak kering dan ringan)
Biji bijan (secukupnya, disangai juga)

Bahan inti:
Boleh pilih ikut kesukaan antara yang buasa adalah kacang merah dan kelapa manis. Boleh juga dipelbagai dengan peanut butter atau inti coklat nutella dan sebagainya.

Penyediaan doh:
1/ Sediakan pengukus yg sudah siap dipanaskan.

2/ Campurkan kesemua bahan doh dalam satu bekas, aduk sampai merata. Tambahkan pewarna jika suka. Kukus selama 10 minit. Buka pengukus dan aduk bahan yg sudah mula mengental. Teruskan mengukus lagi 10 minit atau sehingga tepung masak (boleh cubit sedikit dan rasa untuk tentukan).

image
Bahan doh diaduk kesemuanya.
image
10 minit pertama setelah dikukus. Warnanya.. aduhhh. Terlebih! 😰😰

3/ Pindahkan adunan yg sudah masak ke atas talam besar yang sudah ditaburi tepung jagung yang siap di sangai, uli sehingga lembut dan cantik teksturnya. Tambahkan tepung supaya tidak melekat.

image
Seperti biasa... pembantu setianya rameeeiii

4/ Bahagikan doh kepada bahagian-bahagian kecil (kira-kira 15 hingga 20 biji). Canai leper tapi tidak terlalu nipis. Tambahkan inti pilihan.
Dah bentukkan dengan cantik.  Golekkan dalam salutan tepung atau bijan.

Siap untuk dinikmati! ☺☺

image

Selamat mencuba!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s