Curry Laksa yang awesome!

Syukur Alhamdulillah… telah masuk hari ke-9 kita berpuasa tahun ini. Selepas seminggu nampaknya selera nasi waktu sahur dan berbuka semakin berkurang. Hari ini selera meminta Mee Kari sebagai hidangan berbuka.
.
Disebabkan jarang memasak mee kari, jadi saya ambil keputusan untuk merujuk resepi dari buku. Buku 400 Resepi Terbaik Chef Wan oleh Dato’ Chef Wan ini telah menjadi rujukan saya untuk berbagai menu tempatan yang enak-enak dan menepati citarasa.
.
Satu antara sebabnya adalah, citarasa peranakan pada banyak resepinya. Saya amat menggemari semua resepi peranakan. Pun begitu, buku ini sebenarnya mengandungi berbagai resepi Asia dan Eropah. 400 resepi didalamnya, cukup untuk kita bertukar selera selama setahun! 😊😊
.
Terima kasih encik suami yang membelikan buku ini kerana mengetahui kesukaan isterinya ini mencuba masakan baru.
.
Baiklah, saya ingin kongsikan resepi Mee Kari pada hari ini, yang asalnya diberi nama Kari Laksa Bibik Neo. Agak mengelirukan disini kerana namanya Kari Laksa, tetapi dalam senarai bahan dan aturan menghidang menyebut bihun. Jadi saya memilih pula untuk menggunakan mee kuning dan menyebut namanya Mee Kari style Chef Wan.

MEE KARI CHEF WAN (Kari Laksa Bibik Neo)
Sumber: 400 Resepi Terbaik Chef Wan

Bahan-bahan pes rempah:
20 biji bawang merah
10 biji lada merah, buang biji
3 sudu besar cili giling (saya gunakan 2 sudu sahaja utk sesuaikan dengan citarasa anak-anak. Bergantung jenis cili kering yang anda gunakan)
125 gm udang kering
1 inci lengkuas, kupas kulit
15 biji buah keras
1 1/2 inci kunyit hidup
8 batang serai, hiris nipis
2 helai daun limau purut
1 sudu besar daun kesum yg dihiris halus
1 sudu besar serbuk ketumbar

Bahan Kuah
Minyak sayuran untuk menumis
250 ml santan pekat, campurkan dengan 250ml air
125 air (saya gunakan air rebusan udang)
10 keping taufu pok
20 biji bebola ikan
500gram udang basah, buang kulit, isi dicincang kasar
Garam dan gula secukupnya.

Bahan Hidangan
1 keping fish cake dipotong nipis
300 gram kerang, direbus ambil isi
200 gram tauge (boleh celur jika suka)
15 ekor udang, direbus, buang kulit. Air gunakan untuk kuah
Timun secukupnya, dihiris batang
1 sudu besar daun kesum, racik halus
10 biji limau kasturi, dibelah

Penyediaan:
1. Sediakan kuah.
Satukan semya bahan pes rempah dan kisar halus. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis sehingga naik bau atas api sederhana. Sehingga bahan masak dan sedikit naik minyak. Tambah santan dan air. Didihkan sehingga kuah pekat.

2. Masukkan taufu pok (atau saya gunakan tauhu biasa, digoreng dahulu), bebola ikan, kerang, udang cencang, garam dan gula seenaknya. Masak sehingga kuah pekat dan rasanya mesra. Matikan api dan sedia untuk dihidang

3. Untuk menghidang;
Aturkan mee/bihun/laksa dalam mangkuk dan tambahkan bahan-bahan hidangan: fishcake, tauge, udang rebus, daun ketumbar dan curah kuah diatasnya. Hias dengan timun dan daun kesum. Perahkan limau kasturi. Sedia untuk dinikmati.

Ohh… saya tambah sambal belacan penyedap selera. Nyummmm!!

image

image

image

image

Selamat menikmati Mee Kari Chef Wan. ☺

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s