(RESEPI) Sambal Totok

Ada yang menyebutnya dengan nama sambal Tutok, ada juga sebut Tok Tok. Tapi saya sebut Totok. Sambal ni terkenal dalam masyarakat Jawa.

SAMBAL TOTOK

Jika diperhatikan bahan asas dan cara penyediaan, sama sahaja dengan cara kita sediakan sambal belacan. Istimewanya, sambal totok boleh disimpan lama dalam bekas kedap udara pada suhu bilik sahaja dengan syarat, asam limaunya diperah berasingan sewaktu hendak makan.

Kepada yang ingin mencuba boleh lah rujuk resepi dibawah,

SAMBAL TOTOK

Bahan-bahan

Segenggam ikan bilis, dibersihkan dan digoreng garing. Ketepikan.

Bahan dibawah ini digoreng juga sehingga layu dan wangi.

10 biji cili api (ikutla kesukaan, lebihkan jika mahu pedas berapi)

2 biji lada besar

4-5 biji bawang merah (lebih pun sodaapp!)

1 ulas bawang putih

Belacan (ikut kesukaan)

Gula & garam

Asam limau nipis atau kasturi.

Penyediaan:

Menggunakan lesung batu, tumbuk semua bahan goreng, garam dan gula (kecuali ikan bilis) sehingga halus. Kemudian masukkan separuh bahagian ikan bilis. Tumbuk lagi sampai halus. Tambah ikan bilis selebihnya dan tumbuk kasar sahaja.

Keluarkan dari lesung, masukkan dalam mangkuk hidangan. Perahkan assam limau sewaktu hendak dinikmati.

Yumm…yummm…!

Jika ingin simpan, pastikan sambal belum diperah asam limau. Dan isi dalam bekas kedap udara. InsyaAllah, boleh disimpan pada suhu bilik sahaja.

Tapi, sempat ke disimpan sebenornya? Rasanya macam tak sempat je… habis sekali makan sebab sungguh menyelerakan. 😁😁

Oiii…cenggitu hah cara menikmatinya! Dalam lesung pun jadi.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s