Keria Gula Melaka

Kalau anda ke negeri Melaka Bandar Bersejarah, jangan lupa untuk mencuba Kuih Keria Antarabangsa yang popular di Limbongan.

Khabarnya, untuk mendapatkan kuih keria ini pelanggan perlu beratur panjang. Ada yang terpaksa menunggu giliran selama 3 jam! Wowww…

Istimewanya kuih keria Limbongan dari kuih keria yang biasa didapati, kerak gulanya dibuat dari gula melaka. 

Sesuai sangatlah tu… kuih negeri melaka dari gula melaka juga.

Kalau kebetulan ada stok keledek, dan teringat nak buat kuih keria.. apa salahnya kita mencuba buat keria ala antarabangsa Limbongan tu…

Kuih Keria Gula Melaka

KUIH KERIA ALA ANTARABANGSA LIMBONGAN oleh S3pt3mbyoode

Bahan untuk kuih:

  • Keledek (dibersihkan, rebus sehingga empuk, buang air rebusan dan sejukkan)
  • Tepung gandum
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng

Caranya,

  1. Lenyek keledek rebus yang sudah sejuk* tadi. Tambahkan garam. Tambahkan pula tepung sedikit demi sedikit, gaul sehingga membentuk doh yang boleh dibentuk. (Pastikan doh tidak terlalu keras dek terlebih tepung). jika masih melekit2 sedikit tetapi sudah boleh dibentuk, just nice dah tu.
  2. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bentukkan seperti cincin. 
  3. Gorengkan doh keledek siap dibentuk tadi sehingga keperangan. Angkat, tos minyak dan ketepikan. Biarkan sejuk.
Kuih keria sebelum bersalut gula

Seterusnya, kita sediakan gula cair untuk menyalut keria tadi.

Bahan untuk gula salutan kuih keria,

  • Gula Melaka (Gula merah pun boleh digunakan -warnanya lebih gelap)
  • Sedikit gula putih.
  • Sedikit air

Caranya,

  1. Sediakan kuali cukup besar untuk memuatkan kuih keria yang sudah siap digoreng tadi. Tuangkan semua bahan gula dan basah-kan gula dengan air dalam beberapa sudu sahaja. Sekadar basahkan, bukan nak bancuh air ya.. 😄😄
  2. Hidupkan api sederhana, dan biarkan sehingga gula mula cair. Tak perlu di kacau pada ketika ini. Kecilkan api, Perhatikan sehingga gula mula berbuih tanda ia sudah mulai masak. 
    Gula melaka yang dicairkan
  3. Pastikan kesemua gula sudah larut, boleh kacau sedikit dengan sudip. 
  4. Masukkan kesemua kuih keria yg siap digoreng tadi dan gaulkan sehingga merata dengan cepat, diatas api sederhana. Terus menggaul sehingga gula kering dan melekat cantik pada kuih.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.

Kenapa perlu lenyek keledek masa sejuk* ?

Boleh je nak lenyek masa panas/suam, tak ada masalah. Tetapi sebaiknya masa sejuk kerana keledek sudah kering & kandungan airnya sudah berkurangan. InsyaAllah takkan terlebih tambah tepung dalam adunan.

Istimewanya Keria Gula Melaka ini terletak pada rasa dan aromanya. 

Pada waktu mencairkan gula melaka / gula merah sahaja sudah membangkit selera.
Selamat mencuba!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s