Bagaimana membuat Popcorn Butterscotch manis-masin ala MBO yang rangup dan sedap !

Beberapa malam lalu, anak-anak meminta untuk menonton movie di tv. Bagi memeriahkan lagi suasana, saya buatkan semangkuk besar popcorn. 

Popcorn Butterscotch ala MBO yang sedap dan rangup puas hati jimat belanja! Tu diaaa, namanya…😂😂

Popcorn Butterscotch manis masin yang sedap dan rangup ala rumah tayangan. Tak henti mengunyah!

Oh tak… acah sahaja. Hanya popcorn biasa yang bersalut sos butterscotch. Merendah diri.

Terfikir juga, kemungkinan enak kalau popcorn disalut sos pedas manis kan? tapi belum berkesempatan lagi untuk mencuba.

Penerangan disini agak panjang, namun sebetulnya hanya melibatkan beberapa langkah mudah sahaja.

  1. Goreng butir jagung
  2. Buat sos caramel
  3. Gabungkan keduanya
  4. ENJOY !!

Ok, jom lihat bagaimana membuat popcorn butterscotch ala rumah tayangan yang sedap dan rangup dirumah. 

POPCORN BUTTERSCTCH ALA MBO YANG SEDAP DAN RANGUP

Bahan yang diperlukan:

  • Butir jagung
  • Mentega
  • Minyak masak
  • Kuali berpenutup

Caranya:

  1. Panaskan minyak masak untuk menggoreng atas api sederhana. Minyak tidak perlu banyak, cukup sekadar menutupi keseluruhan butir jagung yg akan digoreng nanti. Setelah minyak mulai panas, tambahkan sedikit mentega atau butter.
    Butir Jagung siap dalam paket boleh didapati dari pasaraya.

    Goreng butir jagung
  2. Masukkan segenggam butir jagung kedalam minyak yang sudah sedia. Tutup kuali berpenutup dan tunggu sehingga ia mula meletus.
  3. Apabila sudah tiada bunyi biji jagung yang meletus lagi, bermakna kesemua butir jagung sudah kembang. Matikan api dan pindahkan popcorn yg siap digoreng kedalam bekas tahan panas.
  4. Pindahkan ke dalam oven. Biarkan popcorn kekal panas pada Suhu 150°C didalam oven untuk mengekalkan kerangupannya sementara kita sediakan sos butterscotch (resepi selanjutnya).
  5. Siap sos butterscotch, biarkan suam seketika. Keluarkan popcorn dari oven dan tuangkannya kedalam kuali besar berisi sos butterscotch tadi. Gaul rata. Pindah semula popcorn siap ber-sos ke dalam mangkuk besar tahan panas tadi. Taburkan sedikit garam halus. Pindah ke dalam oven dan panaskan lagi popcorn yang sidah siap ini pada suhu 170° sehingga sos yang menyalutinya tadi kering dan popcorn berhasil rangup.

Selanjutnya, kita lihat cara menyediakan sos butterscotch yang sedap itu… yummssss

Buat sendiri Sos Butterscotch dirumah

Cara menyediakan Sos Butterscotch.

Bahan yang diperlukan:

  • 5 sudu besar Gula pasir putih
  • 2 sudu makan air
  • 3 sudu mentega
  • Susu pekat manis
  • Sedikit garam

Cara menyediakan sos butterscotch (sila rujuk gambar langkah demi langkah);

  1. Sediakan kuali yang cukup besar (yang akan memuatkan popcorn) dan masukkan gula pasir secukupnya. Basahkan gula pasir dengan beberapa sudu air.   Basahkan sahaja ya, bukan buh ayaq macam nak bancuh air minum hehhehe (sila rujuk gambar)
  2. On api sederhana, dan tunggu sehingga gula mencair dan perlahan-lahan akan bertukar warna keperangan dan berbuih-buih. Cukup gulanya berwarna perang, jangan sampai hitam berasap -ini namanya HANGUS! Gula hangus tak boleh dimakan, rasanya pahit. Pada ketika ini TAK PERLU DIKACAU DENGAN SENDUK ATAU SUDIP.
  3. Masukkan mentega dan biarkan mencair keseluruhannya. Pada ketika ini barulah boleh dikacau. Perhatikan kosistensinya, gula sudah cair dan kurang lengket kerana adanya butter. Kecilkan api ya…
  4. Tambahkan susu pekat manis secukupnya. Kacau lagi. Agar tidak hangus. Kacau sehingga sebati dan memekat dengan  cantik (Test: ambil sudu dan colek sos dengan belakang sudu. Jika cantik menyaluti sudi, maknanya sos sudah siap). Tak perlu terlalu pekat kerana waktu sejuk nanti butterscotch kita akan menjadi lebih pekat lagi. Matikan api. Taburkan garam. Kacau rata.

Siap…!!! 😃😃 boleh disimpan pada suhu bilik, tahan sebulan dan lebih, kalau tak habis dimakanlah! 😉

Okeh, ada soalan disini…

BAGAIMANA HENDAK MERASA TAHAP KEMANISAN BUTTERSCOTCH KITA YANG SEDANG DIMASAK?
Peringatan! Peringatan!
Gula hangus tadi sangat panas ya. Amat panas melecurkan! Perlu ingat ini. Jangan terlupa, awak celup jari nak cuba rasa macam awak masak kari. Jangan kak yongg… hilang jari kau kang! 😅😅

Cara nak merasanya, ambil lah sudu. Cedok sedikit dan biarkan sejuk seketika (tak lama, insyaAllah). Cuba rasa dari situ, k. Mana-mana rasa yang terkurang bolehlah ditambah dan ubah.

BAGAIMANA MENYIMPAN BUTTERSCOTCH YANG SEDAP NI?

Sediakan bekas tahan panas, sebaiknya botol kaca, beralas air (disiap-siap letakkan dalam bekas lain lebih besar yang berisi air). Dengan berhati-hati, tuangkan butterscotch yang sudah siap tadi kedalam botol kaca simpanan.

Boleh disimpan pada suhu bilik sahaja.

Sos butterscotch siap untuk disimpan.

Silakan mencuba buat sendiri Popcorn Butterscotch sedap dan rangup ala rumah tayangan! 👏👏👏

❤ preciouspixel byoode.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s