Minum petang dengan teh-O dan Scones.

Semalam, sewaktu beristirehat dipetang yang dingin kami menikmati hidangan ala Inggeris berupa teh-o dan Scones.
Tak sangka pula ada yang menggemarinya. Sesekali bertukar selera dari jenis-jenis cucur, cekodok, keropok dan kuih mueh ya?

Walaupun pada mulanya ada yang mengeluh, bersuara sinis “ahh.. scones. dah biasa sangat makan atas flight. Setiap kali dapat kelas business diorang bagi scones as extra meal.

“Woww… bestnya. Siap suasana eksklusif makan diatas udara lagi, kan?” tambah saya.

Hehehhe 

“Tak apa, hari ni kita makan scones atas darat.  Feeling konon-konon berada di Cameron Highland di petang sejuk hujan ni.”

Scones sangat mudah disediakan dan juga sangat mudah divariasikan. Dan lagi, skon yang disediakan hangat dirumah lebih enak dari pastri segera, sejuk-beku dari pasaraya.

Anda boleh buat scones kosong ataupun ditambah buah-buahan segar seperti blueberry, strawberry, mulberry, buah tin, labu, kentang; kekacang seperti almond dan walnut; ataupun buah-buahan kering seperti kurma, aprikot dan seumpamanya.

…. ataupun, COKLAT ! ☺☺

Begitu banyak sekali pilihan dan kepelbagaian rasa scones yang anda boleh buat sendiri.

Dan, apa juga rasa yang anda pilih, Scones @ Skon sememangnya sangat sesuai dihidangkan pada waktu minum petang, sarapan ataupun kunyahan ditengah malam. 😊

Luang sedikit masa dihujung minggu untuk aktiviti buat skon bersama anak-anak.  Saya pasti anak-anak anda akan menyukainya just like LittleMisses enjoyed it yesterday.

Okeh, semalam saya hanya membuat skon kosong (plain scones) sahaja. Dihidang bersama mentega sapuan, berbagai jenis jem buah-buahan serta krim keju dingin. 

Jika anda bertanya bagaimanakah rasa skon yang enak itu?

Jawapan saya, rasanya lemak bermentega, sedikit rasa asin, garing dengan warna keemasan (golden) dan lembut gebu didalamnya. πŸ‘

Skon sememangnya enak dimakan ketika masih suam sebaik siap dimasak dan dikeluarkan dari oven. Berikan sedikit sapuan mentega diatasnya dan biarkan ia cair dan meresap kedalam skon anda. Membayangkannya sahaja sudah buat saya ingin menikmatinyanya lagi! 😊😊

Apa jadi pada empunya suara yang sudah biasa makan skon atas udara tadi?

Beliau habiskan 2 ketul skon sekelip mata dan bertambah lagi sesudahnya. Siap berpesan, “jangan habiskan ya. Nak lagi.”

Eh.. ingatkan makan atas udara sudah eksklusif?

“Dirumah lebih best sebab boleh tambah-tambah…” 😁😁😁

Skon bersama mentega, jem & krim keju. πŸ˜‹πŸ˜‹

Ingin belajar membuat skon  yang lembut dan sedap?

Untuk menyediakan skon yang terhasil rangup keemasan diluar dan lembut didalam anda perlu tahu beberapa teknik membuatnya. 

Beri perhatian kepada 2 bahan dibawah;

  1. Mentega sejuk yang dipotong kiub. betul-betul sejuk yang dikeluarkan dari peti.
  2. Heavy cream sejuk (atau yang turut disebut ‘krim putar’). Jika kehabisan, saya gunakan susu sejuk sebagai ganti. πŸ˜‰

Selebihnya, anda hanya perlukan 1 kotak tepung Butter Scones pra-campuran dari @BBBpremiumpremixes.

Nak mudah dan pantas? #tirumacamsaya okeh! πŸ‘

.

.

Tak puas hati? Tak mahu resepi short-cut kerana ‘saya adventurous’ ?

Disini saya kongsikan resepi yang diperolehi dari Tyler Florence, Food Network. Resepi ini menghasilkan 8 biji skon bergantung cara mana anda memotong / membentuknya.

SKON MENTEGA @ BUTTER SCONES

Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung serbaguna
  • 1 sudu baking powder
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 2 sudu makan gula halus
  • 5 sudu makan mentega sejuk -dipotong kiub kecil
  • 1 + 1/4 cawan heavy cream (lebihan untuk sapuan)
  • 1 cawan blackberries (atau boleh gantikan dengan buah segar, buah kering, coklat atau kekacang pilihan anda)

[Jika anda menggunakan buah segar, sebaiknya bekukan dahulu sebelum digunakan]

Panaskan oven pada suhu 200Β° C.

Cara penyediaan :

  1. Campurkan kesemua bahan kering dalam satu bekas. Dengan menggunakan 2 batang garfu adun/gaulkankan mentega sejuk bersamabahan kering sehingga campuran kelihatan seperti serbuk roti. 
  2. Buatkan lubang ditengah bahan (1), tambahkan heavy cream atau (jika menggunakan) susu segar sejuk. Gaulkan kesemuanya dan tambahkan buah beri beku tadi.
  3. Boleh sambung gaulkan bahan menggunakan tangan. Gaul dengan lembut sahaja tak perlu diuli seperti membuat roti atau terlalu ditekan ☺
  4. Setelah sedia, bentukkan doh setebal kira-kira 1 inci dan terap menggunakan acuan yg anda mahukan. atau boleh sahaja dipotong mengikut bentuk bebas yang anda ingini. (Cara mudah: potong kepada 8 bahagian bentuk tiga-segi wedges. πŸ˜‰)
  5. Susun potongan  doh diatas loyang pembakar, sapukan lebihan heavy cream dan bakar didalam oven selama 12 ~ 15 minit atau sehingga skon masak berwarna keperangan. ❀

Alhamdulillah… 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s