Perkongsian asal dari Fiza Mh di MAHN facebook.
RAHSIA TERBONGKAR…kini resepi POPIA OTAK2 sudah bukan rahsia lg. Hari ini sy akan kogsikan bagaimana cara ia dihasilkan. Biar semua org tahu biar satu dunia tahu resepi rahsia ini. Kpd mereka yg ingin menambah pendapatan menjual makanan frozen…nah sy kogsikan di sini resepinya:-
INTI POPIA OTAK-OTAK
RAMUANNYA
20 tangkai cili kering* sy suka pedas
7 tangkai cili padi* (optional)
5 biji bawang merah*
2 biji buah keras*
2 btg serai*
1/2 cwn santan pekat (kepala santan)
Sebijik telur
Satu cawan besar blok ikan (surimi) (isi ikan yg tlh diasingkan tulangnya. Klu rajin bole buat sendiri)
2-3 sdm tepung jagung
Garam dan gula secukupnys
CARANYA
Blend ramuan bertanda (*) kemudian tumis hingga garing. Sesuaikan rasa pedas masin dan manisnya. Angkat dan ketepikan dulu.
Sementara itu campurkan blog ikan dgn santan pekat dan telur kemudian blend hingga sebati. Seterusnya campurkan adunan ikan dgn ramuan tumisan dan tepung jagung kmudian gaul lg hingga mesra keduanya. Sesuaikan sekali lg rasa pedas masin dan manisnya kerana keseimbangan ini sgt penting bg mendapatkan rasa enak otak2 kita tu nanti. Akhir sekali kukuskan hingga masak lebih kurang 20 minit. Sejukkan seketika barulah bole dipotong2 mengikut saiz otak2. Balutkan dengan kulit popia kmudian bolehlah difrozenkan atau terus shj digoreng.
Sekian, semoga resepi ini mampu membantu anda menjana pendapatan dan mendatangkan manfaat utk kita semua. Selamat mencuba!!
Gambar langkah demi langkah:







.
.
Terima kasih cik puan yang berkongsi resepi. Semoga bermanfaat bagi yg ingin mencuba.
💖
As salam…isi ikan ape y d gunakan?
LikeLike
Ini jawapan yg sayaperolehi dr empunya resepi,
“Blog ikn tu tuk yg nk meniaga…klu stakat nk mkn sendiri guna ikan selayang@kembung@sardin jek. Blok ikan tu ialah isi ikan yg telah diproses dan diasingkan dgn tulangnya”
Isi ikan tenggiri pun boleh. ☺
LikeLike