Kachang Phool menggunakan bahan gantian.

Hari ini saya sediakan ​Kachang Phool menggunakan bahan apa yg ada. 

Kebiasaannya saya menggunakan daging kisar siap sedia dipek di pasaraya dan juga kacang foul jenama Kimball (foul medammas). 

Tetapi pagi ini saya hanya gunakan kepingan daging burger Ramly dan kacang panggang (baked beans ) jenama Ayam Brand untuk menggantikan dua bahan asal yg biasanya saya gunakan untuk menyediakan kachang phool sebelum ini.
Alhamdulillah, kenikmatannya tetap sama.

Silakan diperiksa resepinya dibawah dan bolehlah mencuba.

KACHANG PHOOL versi bahan apa adanya.

Bahan-bahan:

1 tin kecil baked beans (ayam brand) atau apa-apa jenama yg anda pilih.

1~2 keping daging burger Ramly (atau apa-apa jenama kesukaan anda) –sila rebus dahulu dan buang airnya

1 biji bawang merah*

2 ulas bawang putih*

1 potongan halia*

Setengah sudu kecil biji ketumbar*

(Bahan bertanda * ditumbuk halus)

Sedikit cili kisar

Setengah sudu kecil biji jintan manis

1 sudu besar rempah kari daging

Sedikit serbuk jintan manis, serbuk jintan putih

Sedikit serbuk garam masala (boleh abaikan jika tiada)

Air panas

Perasakan dengan garam
Cara Penyediaan:

1. Tumiskan bahan bertanda * (bahan tumbuk halus) dan cili kisar sehingga wangi. Masukkan rempah kari daging dan rempah biji (jintan manis), teruskan menumis sehingga pecah minyak (tambah air panas sikit jika terlalu kering).

2. Masukkan daging burger yang sudah direbus terlebih dulu dan dihancurkan. Gaul mesra dan tambahkan air panas sedikir demi sedikit agar tidak hangus. Biar mereneh seketika…

3. Masukkan pula kacang panggang (baked beans) bersama-sama kuahnya sekali. Tambah air panas lagi. Tambah serbuk jintan manis, jintan putih dan garam masala…. teruskan mereneh sehingga cukup pekat (bila sejuk nanti dia akan bertambah pekat). Perasakan dengan garam.

4. Setelah sesuai rasa dan kepekatan, bolehlah dihidang.

5. Sediakan roti, telur goreng mata kobau, hirisan bawang, lada & perahan asam limau untuk dihidang bersama sebagai pelengkapnya.

Selamat mencuba! 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s