Murtabak 

Semalam berlalu berbagai cerita. Satu daripadanya… 😂😂😂 (ketawa sendiri dulu).

Saya pesan murtabak di sebuah restoran mamak dan murtabaknya dihidang bersama -apa yang sepatutnya jeruk bawang, jadi bawang dalam sirap rose.

Sedang beria semangat nak menikmati, terus deria rasa terkejut. Otomatik, ketawa tak henti-henti walaupun setelah sampai dirumah. Manakan tidak, apa rasanya Murtabak cicah sirap bawang manisssss pekat? 😂😂😂

Sampai dirumah, hati teringat nak buat karipap untuk besok hari. Jadi siap-siap kupas, potong dadu dan rebus kentang.

Separuh jalan… teringat semula cerita murtabak mamak sebelumnya.

Eh..eh.. nak buat murtabak lah! Sekali dalam setahun, apa salahnya? Kuih karipap dah biasa sangat buat kan?

Jadi, keluarkan pula daging kisar.

Siapkan dohnya dulu keeana doh perlu direhatkan sebelum dicanai.

Resepinya saya rujuk dalam buku Bukan Sekadar Resepi -Aroma Antara Benua tukisan Puan Roza Roslan.

Pertama sekali sekali saya sediakan doh untuk kulit murtabak.

KULIT MURTABAK

Bahannya:

3 cawan tepung gandum

1 sudu besar minyak sapi

1 cawan air suam

1 sudu kecil garam

1/2 cawan minyak masak

Cara penyediaannya:

1. Tepung, garam dan minyak sapi disatukan. Gaul sebati. Curah air suam 3/4 cawan dulu, gaul tepung dan uli sampai membentuk doh yang lembut. Jika kurang air..boleh ditambah sedikit demi sedikit sampai habis. 

2. Uli doh sehingga tidak melekat.

Saya ambil jalan mudah.. hehhee gunakan mixer, pasang cangkuk doh sampai doh cukup elastik dan halus teksturnya.

3. Kemydian bentuk sekepal-sekepal sebesar sebiji telur. 

4. Rendam doh dalam minyak masak (didalm satu bekas cukup besar). Tutup. Rehatkan paling kurang 1 jam.

Sambil doh berehat kita sediakan intinya pula.

INTI MURTABAK

Bahannya:

3 keping daging (kalau menggunakan daging burger), saya suka daging lembu cincang

3 biji kentang -dikupas, potong dadu dan rebus lembut* (saya tambah)

Bawang merah -dimayang

Bawang putih -ditumbuk halus

1/2 inci halia -ditumbuk halus

1/2 sudu kecil serbuk kunyit (saya tak tambah)

1 sudu kecil garam masala

3 sudu besar rempah kurma ditambah sedikit rempah kari daging* (saya tambah)

2 sudu besar daun ketumbar -dicincang

1 biji lada hijau -dimayang

2 sudu besar minyak sapi

Garam, lada sulah dan gula secukup rasa

4 biji telur

2 biji bawang digiris nipis

Cara penyediaannya:

1. Panaskan minyak sapi dan tumis bawanh hiris dan bawang serta halia tumbuk sehingga wangi. Kemudian tambahkan rempah-rempah serbuk dan tumis sampai masak. Boleh tmbah sedikit air jika terlalu kering. 

2. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Biarkan sehingga air daging kering, kacau selalu. Perasakan dengan garam dan gula.

3. Masukkan lada hijau, kentang rebus dan daun ketumbar. Kacau rata. Jika masih berair, teruskan memasak sehingga agak kering.

4. Angkat dan ketepikan.

Siap semuanya, tibalah masa untuk membuat murtabak.

Saya mulajan dengan intinya yang dimasak terlebih dahulu -untuk memudahkan dan mempercepat kerja penyediaan.

Pukul telur bersama sedikit garam, tambah bawang besar hiris / cincang dan inti daging-kentang yg sudah dimasak. Pukul sebati.
Panaskan minyak diatas kuali leper, tuangkan sesenduk bancuhan inti daging tadi dan bentukkan supaya menjadi segi empat. Goreng seperti telur dadar dan balikkan kedua-dua bahagian. Angkat inti murtabak apabila sudah masak.

Lakukan proses sama sehingga kesemuanya selesai.

Untuk murtabak yg akan dihidang pada waktu sarapan, saya siapkan proses memasak inti murtabak ini pada malam sebelumnya. Jadi pada waktu pagi hanya tinggal langkap menyediakan kulit murtabak sahaja.

Untuk menyiapkan murtabak, selanjutnya…

Ambil seketul doh untuk kulit murtabak, dan leperkan diatas permukaan berminyak.

Saya cuma gunakan belakang mangkuk ayan saiz besar yang diterbalikkan (seperti dalam gambar). Boleh juga anda gunakan talam yg besar. Disebabkan ruang yang terhad

dan saya tak pandai menebar kulit murtabak, saya hanya tarik sahaja doh kiri dan kanan sehingga menjadi nipis dan lebar. 👏👏👏

Tarik doh kiri dan kanan sehingga menjadi nipis dan lebar.

Ambil inti murtabak dan tuangkan keatas kepingan kulitnya. Bagi inti yang sudah siap dimasak terlebih dulu, bolehlah aturkan diatas kulit dang bungkus kemas.

Pindahkan keatas kuali yg sudah sedia dipanaskan tadi, masak atas kepanasan sederhana.

Lakukan sehingga semua proses diatas selesai.

Bolehlah dihidangkan sementara masih panas bersama sos cili atau jeruk bawang.

Alhamdulillah… murtabak pagi ini ada lebih dan dapat disimpan beku untuk hidangan ulangan esok lusa pula.

Inti habis… doh pula ada lebih 1~2 ketul. Dapatla buat roti bom. 😊😊😊

Alhamdulillah… murtabak Bundawidya pagi ini. Yang pasti jeruk bawangnya berasa jeruk ya… bukan berasa sirap rose. Hehehhe anney jangan mara… saya gurau saja! 😊

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s