Dua cara buat kuih Badak Berendam

Sebetulnya terasa nak makan kuih koci pulut hitam bersantan. Tapi mencari daun pisang tak berjumpa. 

Kuih Koci Bersantan foto dari Tahrunnisah Jali

Jadi, alternatifnya adalah kuih Badak Berendam. Bahan dan adonannya sama dengan koci kecuali tak perlu dibungkus daun pisang.


Aslinya Badak Berendam saya tak pasti dari mana, tetapi sangat popular di negeri pantai timur iaitu Kelantan dan Pahang. Juga ada di Negeri Sembilan cuma penyediaannya sahaja berbeza.

Ada dua cara menyediakan kuih ini,

  1. Direbus dan dicurah kuah santan, atau
  2. Dikukus sekali dengan kuah santan.

Mahu mencuba? Jom lihat bahannya…

KUIH BADAK BERENDAM

Perlu sediakan: inti kelapa manis, doh dan kuah santan.

Bahan inti kelapa manis:

  1. Kelapa parut
  2. Gula merah
  3. Gula pasir
  4. Sedikit air
  5. Garam secubit
  6. Sedikit bancuhan tepung gandum & air untuk memekatkan
  7. Daun pandan disimpul
  • Renehkan air dan masukkan semua bahan gula dan daun pandan. Masak sehingga gula melarut dan berbuih.
  • Tambahkan kelapa parut, garam sekadarnya dan kacau selalu diatas api sederhana sehingga pekat. In between, boleh tambahkan bancuhan tepung gandum untuk memekatkan ini.
  • Siap dan biar sejuk sebelum dibentukkan menjadi bebola kecil. Ketepikan.
Penyediaan inti kelapa manis.

Seterusnya,

Bahan doh tepung:

  1. Tepung pulut sebanyak 2 cawan
  2. Tepung pulut hitam sebanyak 4 sudu makan
  3. Sedikit garam halus
  4. Air untuk bancuhan kira-kira 1 cawan.
  • Campurkan 2 jenis tepung pulut bersama garam. Gaul rata. 
  • Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga doh terbentuk menjadi bebola yang lembut dan tak melekat. Sukatan air mungkin lebih atau kurang bergantung kondisi tepung.
  • Biarkan seketika sebelum digunakan.
Kuah santan

Bahan kuah santan:

  1. Santan segar pekat secukupnya (boleh juga santan kotak jika menggunakan)
  2. Sedikit air
  3. Sedikit bancuhan tepung gandum dan air untuk memekatkan
  4. Secubit garam
  5. Daun pandan disimpul
  • Satukan kesemua bahan didalam periuk, diatas api sederhana. Panaskan sehingga mula mendidih, kacau selalu sehingga mula memekat. Sesuaikan rasa dengan sedikit garam.
  • Matikan api dan ketepikan.

    Cara penyediaan kuih Badak Berendam.

    1. Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat. Dileperkan dan diisi inti kelapa manis. Bentukkan semula menjadi bebola.
    2. Buat sehingga selesai atau doh habis.

    Untuk Badak Berendam cara direbus

    1. Didihkan air dan rebus bebola yang sudah siap tadi sehingga masak (bebola timbul kepermukaan). 
    2. Angkat dan letakkan dalm mangkuk hidangan, curahkan kuah santan.
    3. Siap untuk dinikmati.

      Untuk Badak Berendam cara dikukus,

      1.  Susun bebola yang siap diberi inti kedalam loyang atau mangkuk hidangan yang beralas daun pisang.
      2. Curahkan kuah santan yang siap dimasak tadi kedalamnya. Tak perlu menutupi bebola, separas separuh bebola sudah cukup.
      3. Kukus sehingga bebola cukup masak dan kuah santan pekat.
      4. Siap untuk dihidangkan.
      Badak Berendam siap untuk dikukus
      Badak berendam siap untuk dihidangkan.

      Inilah hasilnya kuih badak berendam dengan kedua-dua cara penyediaan tadi,

      Lemak, manis dan Yummy!!

      Jangan ditanya mana badak-nya donggg ahh!! ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜‚

        Selamat mencuba! ๐Ÿ’–

        Advertisements

        Leave a Reply

        Fill in your details below or click an icon to log in:

        WordPress.com Logo

        You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

        Twitter picture

        You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

        Facebook photo

        You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

        Google+ photo

        You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

        Connecting to %s