Masak Bening kentang, suun dan fucuk.

Masak bening, kata orang Jawa. Orang bukan jawa sebut ‘sup air mata’. Sup bening ni palung mudah untuk disediakan, dan jika kena pada masa dan gandingannya, boleh jadi sangat menyelerakan. Boleh bertambah-tambah nasi youuu…!

Hari ini saya gandingan Bening kentang, suun dan fucuk ini dengan ikan gelama masin digoreng & sambal tumis cili api. Sudah cukup membuka selera dibuatnya. Siap memasak terus tak sabar nak makan.. sementara masih panas.

Saya kongsikan cara menyediakan Bening kentang bersama suun dan fucuk disini.

Masak bening kentang, suun dan fucuk.

BENING KENTANG, SUUN DAN FUCUK

Bahannya,

Air secukupnya

Kentang dikupas dan potong sesuai selera

Suuhun dan fucuk dicuci & rendam

Bawang merah & putih – dihiris 

Cili kering -dicuci bersih dan gunting serong

Udang kering

Daun sup (boleh juga gunakan daun bawang sebagai penambah aroma)

Garam gula secukup rasa

Perisa tambahan jika menggunakan.

Caranya:

1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan bahan hiris bersama kentang dan udang kering. Rebus sehingga kentang separuh empuk.

2. Masukkan suhun dan fucuk yang sudah direndam sehingga lembut bersama cili kering. Teruskan mereneh atas api sederhana.

3. Setelah lembut kentang, suhun dan fucuk, perasakan dengan garam dan gula serta perisa tambahan (jika menggunakan). Sesuaikan rasa dan taburkan daun sup / daun bawang.

4. Jika kuah menjadi pekat disebabkan suhun, boleh tambah AIR PANAS kemahuan kepekatan sup, sesuai selera.

Saya suka sangat kalau kuah bening kentang ini diganding bersama sambal tempoyak ikan bilis atau sambal ikan gelama masin. 

Disebabkan hari ini sudah ada sambal tumis cili api, jadi ikan gelama masin hanya saya goreng kosong sahja tanpa diberikan sambal lagi.

Kalau ada sambal tempoyak dengan petai pula lagi… sedapnyaaa!
Ikan gelama masin

Selamat menjamu selera! 😙

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s