Mee Goreng Sempoi paling mudah

Dulu… tak makan mee goreng. Dikedai, 

dirumah pun tak buat mee goreng, hatta dijamuan-jamuan yg biasanya menghidangkan mee goreng pun tak pilih hidangan ni. Mee mamak? Lagi laa…😕.

Mee Goreng Sempoi

.

Sebab? Mee kuning tu tak sedap pada deria. Ada rasa kapur (?) Rasa soda (?) Pahit pelik. Itulah penyebabnya.

.

.

Tapi sejak terbeli mee kuning homemade dari pasar tani disini, jadi suka. Mee-nya enak tanpa rasa yang pelik disebutkan tadi. Dari tak pandai menggoreng mee sekarang sudah sering menyediakannya untuk keluarga. .

.

MEE GORENG SEMPOI pagi ni.

========

.

➡2 bungkus mee kuning (berat sekitar 200~300gram / paket), diurai cantik-cantik agar tak bergumpal lagi. bilas dengan air.

.

➡Bawang putih dicincang

bawang merah didadu kecil

Sedikit cili giling (hanya hujung2 sudu makan sahaja)

Minyak masak untuk menumis.

.

➡Fishcake/fishball dibasuh dan dipotong

Sayur2 disediakan dan dipotong (kobis, tauge, daun kuchai, daun sup, lada merah, tomato)

.

➡Sos-sos penyedap rasa (sos cili, tomato, kicap pekat manis ABC, kicap lemak manis -cair, sos ikan, sos tiram.

.

🔴Seimbangkan rasa dengan gula dan garam (hanya jika perlu kerana bahan2 sos sudah sedia tinggi gula dan garamnya). .

.

✔Panaskan minyak, tumiskan cili giling sampai masak dan nampak sedikit garing. Madukkan bawang2 dan kacau rata. Sampai bawang lembut dan naik bau.

✔Masukkan fishcake dan gaul.lagi. Biarkan seketika, kemudian masukkan mee. Gaul rata sampai keseluruhan minyak bawang meliputi mee. Pastikan mee tak ada lagi yg bergumpal dan teruskan menggaul sehingga mee separuh masak.

✔Tambahkan semua sos dan teruskan menggaul. Sesuaikan rasa mee tadi. Tambahkan air panas sedikit-demi sedikit bergantung keperluan agar gorengan tidak hangus.

✔sudah sesuai rasa masukkan sayur yg keras dulu seperti kobis. Gaul lagi biar merata. Sudah cukup rasa semuanya akhir sekali masukkan sayur-sayur yg berbaki. Kacau merata dan sayur masak sesuai selera. .

.

Cook’s note: mee goreng kelihatan sempurna jika tiada mee yang bergumpal dan cantik panjang. Untuk ini pastikan mee tidak di potong2 pendek (biasanya waktu mengacau mee ada yg suka memotong2 mee guna sudip). Do you get what i mean? 😊😊 cili jeruk mari!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s