Bikin Dodol dalam masa 15 minit dengan periuk tekanan Philips.

Bikin / buat dodol dalam masa 15 minit? Biar betul?

Betul…

Saya gunakan khidmat periuk tekanan Philips. Memang ‘menjadi’ dodol 😄😄 yang sedap, masyaAllah! Syukur alhamdulillah.

Memang sudah lama saya bercita-cita untuk ‘mengacau’ dodol sendiri. Tetapi bila memikir ‘macam susaaaaaahhh jee’, macam rumit je, perlukan masa panjang dan kudrat tenaga untuk mengacau, rasa tak berbaloi pula untuk buat sedikit diatas dapur kecil saya. (Alasan!)

Setiap kali terpandangkan kuali tak-lekat yang ada, memang membuak-buak rasa nak eksperimen bikin dodol atas dapur gas. Ahh, kekangan masa pula. 😅

Dan akhirnya, pada waktu dan hari yang tepat semalam, berpeluang juga membuat dodol menggunakan periuk tekanan Philips.

Periuk ini sudah setahun usianya. Memang tepatnya, dibeli beberapa hari sebelum Ramadhan tahun 2016.

Alhamdulillah, sudah banyak memudahkan kerja memasak pelbagai juadah harian dan menu istimewa, namun ini pertama kali membuat dodol.

Jom kita lihat bagaimana membuat dodol menggunakan periuk tekanan Philips.

DODOL

Bahan-bahan:

1 mangkuk tepung pulut

2 mangkuk santan pekat ditambah sedikit garam untuk menaikkan rasa lemaknya.

2 mangkuk gula merah ditambah gula putih. (Untuk bahagian gula ini saya gunakan 1 dan 1/4 gula merah cap bintang + 3/4 bakinya adalah gula putih). Jika risau terlalu manis boleh kurangkan sukatan gula putih.)

Beberapa helai daun pandan untuk aroma.

Setengah mangkuk air utk melarutkan gula.

Jadi, nisbah asas keseluruhan bahan yang diperlukan adalah;

1 tepung pulut : 2 santan : 2 gula

Boleh ingat ya?
Cara membuatnya:

  1. Sediakan periuk tekanan Philips. Masukkan gula dalam periuk bersama daun pandan dan setengah mangkuk air. Tekan button Soup, masak sehingga gula larut sepenuhnya menjadi air gula merah. Tekan butang Off
  2. Sementara menunggu air gula sejuk sedikit, kisar sebati santan pekat bersama tepung pulut. Kisar sehingga menjagi adunan halus dan tidak berketul.
  3. Tuang adunan tepung + santan ke dalam air gula. Pasangkan penutup periuk tekanan Philips, kunci kemas dan halakan tombol penutup kepada Vent (lubang udara terbuka). Tekan butang Steam. Paparan akan menunjukkan masa yang akan diambil adalah 20 minit. Tekan Start.
  4. Setelah 5 minit, buka penutup dan kacau adunan. Masa pertama ini, adunan masih cair tetapi sudah mula mengental dibahagian dasar. Kacau sehingga tiada adunan bergumpal. Kembalikan penutup periuk dan kunci. Biarkan masak untuk 5 minit lagi.
  5. Setelah 5 minit kedua, buka lagipenutup dan kacau lagi. Ulang langkah ini sebanyak 3 kali.
  6. Langkah akhir boleh dilihat adunan semakin halus dan warnanya lebih cantik dan berkilat. Boleh teruskan memasak (jika mahu tambah masa) sehingga mendapat konsistensi dodol yang diingini. Matikan Off punca kuasa dan biarkan dodol sejuk seketika sebelum dipindah kedalam bekas yang sudah dioleh sedikit minyak masak untuk mengelakkan dodol melekat pada bekas.

5 minit x 3 ulangan mengacau adunan = 15 minit ! Belum termasuk masa mengacau. Mudah dan cepat, kan? ☺☺ Tak sempat nak berotot lengan mengacau dodol kali ni. 😂

Nak buat Dodol Durian? Tambahkan sahaja isi durian. MasyaAllah… mesti sedap tu! Tak kebetulan ada durian pula ketika ini. 😆

Dodol sedang dikeringkan dalam kuali non-stick Tefal supaya lebih kental dan tahan lama, tidak cepat berkulat. Proses ini mengambil masa antara 1 ke 2 jam untuk resepi ini.
Ini pula dodol pusingan kedua yang saya sediakan atas permintaan ibunda. Dodol Kacang Merah kegemaran beliau. Alhamdulillah…

Ok, sudah dapat ilmu buat dodol, keluarkanlah periuk ajaib tu… jangan disimpan-simpan lagi. ☺

Jangan guna buat masak nasi arab saja. Jangan pakai setahun sekali saja. Rugi tau… 😉

Cook’s Note:

🌹 Pilihan santan bergantung citarasa dan keadaan. Santan asli atau santan kotak pun boleh. Sudah tentulah santan asli lebih sedap…

🌹 Dalam apa-apa keperluan membuat kuih dan manisan yang menggunakan gula merah, saya memang suka gunakan jenama Cap Bintang. Gulanya bersih dan tak perlu ditapis atau ayak.

SELAMAT HARI RAYA ! 🎉🎆🎇

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s