Periuk Philips cepatkan kerja memasak umi…

Siap sahaja anak-anak kesekolah seawal jam 7 pagi, saya mula menyediakan hidangan untuk anak-anak bawa ke sekolah sempena majlis perpisahan guru-guru sekaligus jamuan raya pula.

Tahun ini cuma sediakan apa yg termampu sahaja, DAN dengan menggunakan khidmat periuk Philips juga biar cepat selesai semua kerja dan dapur kurang kucar.

Dalam 1 jam 30 minit alhamdulillah, Nasi Impit dan Kuah Kacang siap terhidang.

Macamana caranya?

Mula-mula disiapkan nasi impit. Cuci beras sampai bersih dan airnya jernih. Tambah garam dan air serta daun pandan. Terus tekan butang Rice pada periuk Philips tu. Tinggal. 😄

Sambil menunggu nasi siap dimasak kita tumiskan bahan kuah kacang atas dapur. Sediakan bahan-bahan. Bahan utama yakni kacang tanah sangai dan kisar sudah disiapkan sehari lebih awal seperti direncana. Jadi pagi ini hanya tumis dan masak sahaja.

Dalam jangkamasa menyiapkan bahan asas bawang dan serai untuk kuah kacang serta menumisnya, nasi impit pun siap. Kira-kira 20~30 minit sahaja (termasuk masa memanas periuk).

So sekarang tumisan kuah kacang pun sudah diatas dapur. Nasi lembik pun dah siap.

Terus pindahkan nasi lembik ke dalam loyang. Padat dan ratakan dengan spatula. Biarkan sejuk.

Bersihkan periuk hasil kerja membuat nasi impit tadi, lap-lap bagi kering, pindahkan pula kuah kacang siap tumis dari dalam kuali diatas dapur tadi, ke dalam periuk tekanan Philips. Siap-siap ditambah bahan perasa garam gula dan air panas mendidih segala…

…tekan butang tetapan tekanan untuk Beans dan tinggalkan sahaja periuk Philips melunaskan kerjanya selama 30 minit.

InsyaAllah, kuah kacang sedia untuk dihidang dengan rasa yang sedap, pekat serta kacangnya yang sudah cukup lembut. 

Nasi impit homemade dipadat dan sejukkan dalam loyang beralas daun pandan.
Kuah Kacang yang ditumis diatas dapur sebelum dipindah ke dalam periuk tekanan Philips.
Kuah Kacang untuk dihidang bersama nasi impit homemade.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s