[Resepi] Kuih Bahulu Kemboja

Orang Selangor pasti kenal kuih ni. Tapi dewasa kini, ramai juga yang tersalah kenal antara Binka Pandan dan Bahulu Kemboja. Namun begitu, keduanya masih dalam kategori yang sama: jenis kuih bakar.

Bagaimana ciri kuih Bahulu Kemboja ni?

Kuihnya lembut dan teramat manis. Kelihatan berkilat dan basah kerana kandungan gulanya itu. Tahan lama sehingga 1 minggu walaupun disimpan pada suhu bilik sahaja. Tapi pastikan didalam bekas kedap. 

Kuih ini kebiasaannya dibakar dalam acuan khas kemboja pecah lapan, seperti dibawah.

Kuih bahulu kemboja yang sebenar. Hasil airtangan orang kampung saya yang sudah terkenal sehingga ke Istana Selangor.

Ada yang ingin mencuba sendiri kuih ini dirumah? Disini saya kongsikan resepinya yang diperolehi dari cikpuan Noorhaida Eida dari grup MAHN (fb).

RESEPI Kuih Bahulu Kemboja

Oleh: TitipanBundawidya

Bahan-bahan dan cara penyediaan:

2 cawan santan dikisar bersama daun pandan secukupnya untuk mendapatkan warna hijau. Tapis. (Please note: kuih bahulu kemboja yang cantik, warnanya pandan asli tanpa pewarna tambahan)

1 cawan telur 

3 cawan gula pasir (Dua bahan ini diramas bersama sehingga gula larut. JANGAN kisar (blender) telur dan gula. Cukup sekadar diramas dan kacau sampai gula larut sahaja.

1 cawan tepung gandum.

Campurkan kesemua santan, telur dan gula kedalam mangkuk yang sesuai. Tambahkan tepung gandum. Kacau dan tapis sehingga mendapat bancuhan yang halus dan tiada lagi tepung berketul-ketul.

Panaskan acuan kuih bahulu kemboja (hari ini saya hanya gunakan acuan takoyaki untuk dapatkan kuih yang bersaiz kecil dan comel). 

Tuangkan bancuhan kuih dan tutup acuan tadi agar kuih masak sekata. Setelah kuih mula perang dan garing (lebih garing, lebih sedap -terpulang citarasa), balikkan kuih tadi.

Teruskan proses sehingga kedua-dua permukaan kuih perang dan cukup garing.

Angkat, sejukkan dan hidang bersama teh-O tanpa gula.

Saya hendak kisar gula supaya halus. Tapi entah kenapa saya campak sekali daun pandan kedalamnya. 😂😂
Tambahkan telur.

Ramas telur, gula sehingga gula melarut dan daun pandan mengeluarkan warna aslinya. Ini cara orang lama buat kuih ni. 

Dulu-dulu mana ada blender kan… hehehe

Bolehlah keluarkan daun pandan yang kasar-kasar tu. Buang.

Tambahkan tepung gandum dan tapiskan adunan sehingga dapat bancuhan yang halus dan tiada lagi ketulan tepung.

Panaskan acuan dan tuang adunan. Masak sehingga garing kedua-dua bahagian kuih (perlu diterbalikkan).

KUIH BAHULU KEMBOJA saiz mini ! 😍😍


Selamat mencuba dan selamat menikmati kuih orang Selangor. 💖

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s