[D.I.Y] Kabinet terbuka modal rendah.

Puas meronda kedai perabot 2nd hand, mencari almari terpakai / kabinet yg sesuai tapi semua tak berkenan. Samada harga terlalu mahal, ukuran tak sesuai atau kondisi perabot tak memungkinkan.

Duk cari-cari almari semua harga ratus-ratus hatta almari terpakai sekalipun. Cisssssss…!! 😂😂

Akhirnya, pakat DIY sahaja berbekal idea dari rakan-rakan dan carian di internet 😉😉

Siap je mengerjakannya ni tadi, rasa syukur sangat! 😍 Alhamdulillah…

Dibawah shelf ni hajat nak pasang rod untuk gantung baju-baju baby. Untuk semenara waktu, biarlah beg dan frame tu duduk situ jadi hiasan. 😃

Nanti nak cari wall hook juga untuk gantung 2 beg baby sedia ada.

Inilah hasilnya. Tak seberapa tapi berjaya memanfaatkan ruang belakang pintu yang selama ini tidak dimanfaatkan.

Modal keseluruhan kira-kira RM94, dapatlah sebuah ‘kabinet’ baju dengan konsep terbuka, bersaiz dalam 5 x 3.5 kaki, kurang lebih.

Masa yang diambil untuk pasang sendiri 2 buah kabinet kecil tu, kerja-kerja drill dan gantung di dinding — 4 jam. Start dari jam 8 pagi siap sebelum jam 12 tengahari. Termasuk ‘makeover’ dan susun semula (kita gantung juga) rak-rak di bilik anak-anak sekali.

Gembira dapat gantung rak-rak tu kerana hasilnya ruang lantai lebih luas.

MHI paling gembira sebab dapat ruang tambahan atas rak tu untuk diletakkan koleksi mainannya. Dia memang rajin susun dan tukar koleksi pamerannya. 😊

Dengan bajet mesra poket, masih banyak bahan berbaki macam kertas dinding yang dibeli untuk balut rak tadi. Boleh digunakan untuk kerja d.i.y lainnya.

One happy soul i am! ☺☺

~~:: UPDATE ::~~

Ada baki wallpaper dari kerja semalam yang perlu dihabiskan sebab tak mahu simpan 😃

Pagi ini ‘makeover’ almari baju anak-anak pula. Tahu ajelah tangan-tangan cilik yang suka menampal stickers tu kan… habis comot almari.

Dan kotak bungkusan rak yg kita beli tu, yang biasanya kita buang saja kan… saya buatkan kotak baru, balut dengan wallpaper yang sama juga 😂. Untuk anak2 isi barang-barang kecil mereka didalam tu supaya lebih organize.

Kesudahannya, 1 bilik sedondon corak, senada warna yang sama.

1 roll = 10 meter dari Mr. DIY selesai, Ngam! Yaaayyy!!

Advertisements

2 thoughts on “[D.I.Y] Kabinet terbuka modal rendah.

Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: