(Tutorial) Seluar Getah.

Tutorial seluar getah sepenuhnya yang mudah diikuti. Cuba fahami dan praktikkan. Boleh buat seluar untuk diri sendiri, anak-anak dan ahli keluarga lain. Selamat mencuba!

Pertama sekali, lihat kepada pola dibawah. Cara-cara melakar pola ini akan ditunjukkan dalam langkah selanjutnya.

Pola seluar depan & belakang bercantum.

Sediakan kertas cukup besar untuk melukis pola. Anda boleh menggunakan kertas minyak.

Buat garisan tengah seperti dalam gambar. Ikut langkah demi langkah melakar pola seluar.

Langkah 1. Garisan tengah ini mewakili garisan tepi seluar kita ya..

Lukiskan garisan melintang diatasnya menandakan aras pinggang. 

Langkah 2.

Menggunakan formula berikut:

(Ukuran keliling) punggung รท 4

Contoh kita ambil ukuran keliling punggung 40 inci รท 4, kita akan dapat 10 inci.

Tanda 10″ diatas garisan tadi, ke kiri dan kanan.

Langkah 3: Tanda pada garisan pinggang ukuran yang diperolehi.

Seterusnya untuk menlakar cawat seluar gunakan formula berikut,

(Ukuran keliling) pinggang รท 4 – 1″

[Baca: ukuran keliling pinggang bahagi 4, tolak 1 inci]

Jadi, 10″ – 1″ dapat 9″

Tandakan 9″ ke bawah dari garisan pinggang dan buatkan garisan melintang kedua (garisan punggung).

Langkah 4: Ukur cawat seluar.

Langkah 5 & 6 : Buat lengkung cawat depan.

Pada garisan punggung, ukur 2″ naik ke atas dan 2″ keluar, dan buat garis lengkung.

Tandakan ukuran 2″
Sambungkan dua titik tersebut membentuk garis lengkung.

Siap cawat untuk bahagian depan seluar.

Seterusnya, tandakan labuh seluar. 

Tandakan kelebaran bukaan kaki seluar, biasanya 8″ (atau ukur mengikut kelebaran lutut).

Untuk kelebaran hujung kaki sebelah belakang, tambah 1″. (8″ + 1″ = 9″). Tanda seperti dalam gambar.

Tanda ukuran lebar kaki seluar. Bahagian belakang +1″.
Buat garisan sambungan dari titik cawat ke labuh seluar menggunakan pembaris lengkung.

Siap pola seluar bahagian depan. Seterusnya buat cawat bahagian belakang pula.

Cawat belakang tak sama dengan cawat depan. Ianya lebih panjang. Jom perhatikan..

Tanda 1″ masuk ke dalam pada garisan pinggang dan Naikkan pula 1″ dari situ.

Pada cawat, tanda 4″ keatas dari garis punggung dan 4″ juga keluar. 

Dan Tanda pula 1/2″ (setengah inci) ke bawah dari titik keluar tu. (Lihat foto)

Buat garisan cawat belakang.

Gunakan pembaris L dan sambungkan titik-titik dari garisan pinggang ke cawat ke hujung cawat tadi, seperti dalam gambar.

Pastikan titik-titik yang ditanda dapat membentuk lengkung.

Dah dapat garisan cawat belakang! ๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Seterusnya sambungkan pula titik dari cawat ke labuh kaki.

Sanbungkan titik dari pinggang depan ke titik belakang yang kita naikkan 1″ tadi.

DAH SIAP POLA SELUAR ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Sekarang sediakan kain. Pinkan pola pada kain, tanda basi seperti berikut,

Basi sisi seluar = 1″

Basi kaki seluar = 1″

Basi pinggang seluar = 3″ (sebab kita nak buat pinggang getah sepenuhnya, tak perlu nak potong bahagian getah pinggang berasingan)

Maaf sebab tak ada gambar tunjukkan pola diatas kain dan ditanda basi jahitan.

Diharapkan anda masih boleh ikuti tutorial ini ya. ๐Ÿ˜โœŒ

Potong 2 keping pola seluar untuk kiri dan kanan. Kalau potong 1 je tak jadi seluarlah, kan..jadi sarung kaki gamaknya ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Kemudian jahit tepi bagi kemas, gosok dan sambungkan kaki seluar tiap-tiap sebelah tu. Dapat macam dalam gambar. 

Kemudian sambung cawat pula.

Cara nak sambung bahagian cawat dengan mudah, terbalikkan sebelah kaki seluar yg dah jahit tadi, masukkan kedalam sebelah kaki lagi. Pastikan bahagian kain yang betul bertemu yang betul juga.

Jahit bahagian cawat seluar.

Siapkan getah pinggang. Boleh gunakan getah dengan kelebarang 1″ atau 3/4″.

Potong getah guna formula berikut:

Saiz keliling pinggang – 3″

Sambungkan hujung getah.

Tidih sambungan getah pada pinggang belakang.

Dan jahit keliling seluar. Boleh gunakan tapak zip untuk jahit bahagian ini.

Siap jahit getah, tarik-tarik sedikit pinggang seluar untuk dapatkan kedutan yang sama rata. Dan jahit tindih diatas getah pula supaya getah pinggang kekal dan tak mudah berpintal.

Jahit tindih atas getah pinggang.

Boleh letak tag atau tanda dengan riben pada belakang seluar.. atau apa-apa asalkan dapat jadi tanda untuk kenalpasti bahagian belakang dan depan seluar. Tak lah pakai terbalik nanti.. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Catatan: Untuk hasil lebih kemas, saya suka sorokkan bahagian basi pada pinggang tu ke dalam.

Akhir sekali… jahitkan kaki seluar. Basi 1″.

Tadaaaaa…. dah siap seluar! ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ

Jom pakat jahit untuk diri sendiri, suami dan anak-anak. ๐Ÿ˜Šโค Selamat mencuba!

Tulisan oleh Titipan Bundawidya.

Kredit gambar: Tempahan Pakaian Azie d’Closet (fb)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: