(Resepi) Udang masak Kari Hijau Thai

Asalnya nak masak lauk yang sudah biasa dimasak dan sudah diketahui memang tak pernah gagal menjadi kesukaan keluarga iaitu Udang masak Lemak Tempoyak. Nak jadi cerita, tempoyak yang disimpan beku pula lambat dikeluarkan.

Tak mahu termenung panjang, teringat ada stok daun ketumbar dan daun bawang masih banyak lagi, dan bahan-bahan lainnya juga ada… terus kita tukar menu.

Seingatnya boleh dikira jari sebelah tangan berapa kali saya masak kari hijau Thai ni. Kali pertama masak pakai pes asli dan segar pemberian kakak ipar. Bila pes tersebut habis, tidaklah lagi kita memasak kari hijau tersebut sebab tak pandai nak buat sendiri.

Tapi hari ini, kita gunakan bahan apa yang ada. Alhamdulillah… tetap hits dimeja makan.

Bahan pes kari hijau Thai.

(Bertanda * adalah bahan yang saya gunakan kerana kebetulan daun selasih, lengkuas dan kunyit habisss…)

Kesemua bahan pes dikisar halus kecuali sos ikan dan jus limau.

kebetulan hanya itu yang ada)

  • 2-3 btg serai dihiris halus *
  • 4-5 ulas bawang putih *
  • 1-3 cili hijau (jika nk pedas, blh tmbh lagi) *
  • 5-6 biji bawang merah *
  • Halia sebesar ibu jari (dihiris) *
  • 1/2 cawan daun ketumbar segar (dicincang kasar) *
  • 1/2 cawan daun selasih segar (basil leaves)
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar * –saya pakai ketumbar biji
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis * –juga saya pakai jintan biji
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 3 sudu besar sos ikan *
  • 1 sudu kecil belacan *
  • 1 sudu besar jus limau nipis / kasturi *
  • 1 sudu kecil gula perang / gula biasa *
  • 1/4 cawan santan kelapa *
  • 1/2 – 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci – 1 inci lengkuas (dihiris)

(Sumber: myResipi)

Bahan pes kari hijau siap dikisar. Jika ada lebih boleh isikan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.

Bahan-bahan lain,

  • Daun limau purut
  • Terung rembang
  • Udang / ayam
  • Santan
  • Air suam / stok

Harini saya buat Udang Kari Hijau Thai. Jika mahu, boleh gunakan ayam juga.

Cara memasaknya seperti biasa kita menggulai…

1. Tumis bahan pes sampai wangi dan sedikit garing. Masukkan udang dan santan, gaul rata. Jika kering tambahkan air sedikit. Kacau lagi.

2. Masukkan bahan lain iaitu terung rembang, daun limau purut dan santan serta air tambahan. Biarkan mereneh sehingga udang masak.

3. Seimbangkan rasa dengan sos ikan, air perahan limau nipis dan gula. Siap!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: