(Resepi) Mee Kuah yang mudah disediakan.

Pagi ini, untuk sarapan saya sediakan menu yang lain dari kebiasaan. Lain kerana kebiasaannya dirumah ini memilih sarapan berasaskan nasi, jika tidak roti canai.

Disebabkan mahu ‘lari’ dari menu Mee Goreng, saya terfikirkan Mee Kuah ini. Asalnya ingin buat Mee Sup bebola daging, tetapi khuatir kurang mendapat sambutan. Langsung saya cuba buat Mee Kuah ini.

Mee Kuah Udang

Memang jarang sekali buat menu mee kuah seperti ini dek kerana kurang peminatnya. Tetapi, kalau tak cuba tak tahu… kan?

Resepi asal Mee Kuan ini saya ambil dari buku resepi dari Kumpulan Variapop. Jika anda lahir sekitar tahun 1980-an, punya ibu yang rajin membaca majalah pada waktu itu pasti mengenali nama Variapop ini. 😊😁

Kumpulan Variapop ini pada waktu itu banyak mengeluarkan majalah-majalah wanita, hiburan dan seumpamanya.

Berbalik kepada menu kita, jom tilik bahan-bahannya. Serba minimum dan insyaAllah boleh dicuba pada bila-bila masa. Nak masak untuk tetamu yang datang bertandang secara tiba-tiba pun sempat, insyaAllah…. 😉

MEE KUAH UDANG SIMPLE AJERRR…

Oleh: Amal Bdwya

Bahan-bahan:

1 bungkus Mee Kuning (dicelur seketika)

Bawang merah, kisar

Cili kering, kisar

Halia dan buah keras, tumbuk halus

Belacan

Minyak untuk menumis

Udang

Santan

Stok sayuran / ayam / tulang, atau air sahaja pun boleh

Sayuran pilihan (sawi, carrot… nak tambah tauge dan bawang goreng pun boleh…)

Limau kasturi

Garam & gula

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak, bawang dan cili kisar serta halia dan buah keras tumbuk sampai agak garing dan masak. Tambahakan gula.

2. Tambahkan udang dan gaul rata sehingga udang bertukar warna. Tambah pula stok ayam / daging / sayuran, biarkan mereneh. Masukkan santan sesuai selera. Perasakan dengan garam. Teruskan mereneh dan sesuaikan rasa kuah.

Tolong abaikan caption dan bunyi latar yang pelbagai pada video tu ek.. 😄😄

3. Akhir sekali masukkan mee kuning yang sudah dicelur dan ditos terlebih dahulu bersama sayur sawi. Kacau rata seketika sehingga kuah kelihatan agak pekat tapi jangan pula mee jadi kembang dan lembik ya…

4. Matikan api dan boleh terus dihidangkan bersama bahan tambahan seperti tauge, bawang goreng, sambal udang kering* dan limau kasturi untuk sedikit rasa masam yang membangkit selera.

Mee Kuah yang dimasak menggunakan periuk tekanan Philips. Sangat cepat dan menyelerakan!

**Sambal Udang Kering

Untuk sambal udang kering, boleh gunakan tumisan asas untuk membuat mee kuah ini. Tumis lebih bahan bawang, cili kisar dan belacan… sebelum masukkan stok utk kuah asingkan sedikit bahas ditumis untuk jadikan sambal. Bahan ini terus ditumis lagi dgn menambah udang kering tumbuk sehingga agak wangi, kering dan garing, sesuaikan garam dan gulanya. Siap! 😁😊

Selamat mencuba! 😉😉

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s