Nasi Komok @ Khao Mok (Khao Mok Gai)

Harini kita cuba resepi baru iaitu Nasi Komok @ Khao Mok. Hidangan ini asalnya dari daerah selatan Thai (Siam). Kalau anda biasa ke daerah Rantau Panjang, pasti boleh mencuba Nasi Komok ni di kedai-kedai makan disana.

Ada yang menyebut nasi Komok ini sebagai nasi beriyani Thai. Tak pernah saya ketahui ada pengaruh India di Thailand. Meskipun begitu, rasa nasi ini langsung tidak sama dengan beriyani India ataupun beriyani Johor! Ianya lebih kepada rasa Nasi Arab. 😊

Langkah pertama untuk menyediakan nasi Komok ini perlu ada rempahnya. Rempah Nasi Komok. Rempah ini mudah didapati di Kelantan terutama sekali di daerah RP. Saya hanya beli online dari Kak Emy ~~instagram @jendeladapur.

Jika diperhatikan resepi-resepinya, ada 2 cara penyediaan nasi komok. Satu, cara seumpama nasi beriyani dimana ayam dimasak didalam nasi. Kedua, cara seumpama nasi ayam dimana ayam dan nasi dimasak berasingan.

Dan saya memilih untuk memasak cara kedua. Nasi yang dihidang bersama ayam goreng berempah, disamping sambal lada yang enak dan ulam tomato serta jelatah kobis dan lobak merah.

Sambal yang secoet disisi pinggan itu sangat besar peranannya. Sedap sambal, sedaplah seluruh hidangan. Hehehe

Saya kongsikan langkah demi langkah menyediakan Nasi Komok dimulakan dengan penyediaan ayam goreng.

Untuk ayam goreng berempah (diperap lebih dulu).

Sediakan ayam dan potong kepada beberapa bahagian mengikut saiz yang dikehendaki. Cuci bersih dan tuskan.

Dalam bekas besar, masukkan ayam & sedikit cuka. Tambah rempah komok, serbuk cili (optional), garam, sedikit tepung beras dan tepung gandum dan santan.

Ayam diperap dengan rempah komok, garam, tepung & santan sebelum digoreng.

Gaul rata dan perap ayam beberapa jam sebelum digoreng sehingga garing dan keemasan. Hidangkan panas.

Untuk Nasi.

Beras dicuci bersih dan tus.

Hiris bawang merah, bawang putih, halia. Sediakan rempah kasar kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga.

Panaskan minyak secukupnya untuk menumis, tumis bahan hiris dan rempah kasar sehingga layu dan wangi. Tambahkan rempah nasi komok bersama sedikit air (supaya rempah tidak hangus). Tumis sehingga wangi dan masukkan beras. Kacau rata. Tambahkan susu cair bersama air secukupnya mengikut sukatan beras. Tambahkan garam. Tanak nasi seperti biasa.

Untuk sambal lada.

Cili api secukupnya. Cuci dan hiris kasar. Tumbuk bersama sedikit bawang putih, gula dan garam.

Kaut bahan tumbuk masukkan kedalam mangkuk, perah air asam limau kasturi dan limau nipis. Tambah air jika perlu. Seimbangkan rasa dengan gula. Kacau sehingga sebati dan gula larut.

Sambal ini boleh juga dimasak diatas api.

Untuk acar mentah.

Hiris kobis, lobak merah dan timun. Hiris juga lada besar dan bawang merah. Tumbuk sedikit udang kering.

Dalam mangkuk yang sesuai, campurkan semua bahan hiris, udang kering, gula dan cuka. Gaul rata dan sesuaikan rasa. Sejukkan sebelum dihidang.

Cara menghidang,

Hidangkan nasi dan ayam goreng bersama ulam-ulaman, acar mentah dan sambal lada. Boleh tambah sup kosong jika suka.

Untuk belajar cara ‘authentic’menyediakan Khao Mok Gai boleh tonton video Thai Chicken Biryani ini.

Selamat mencuba!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s