Daging Goreng Lada Hitam

Dua hari lepas hujan turun lebat.. harini rasa sejuk sangat Alhamdulillah. Sampai nak on kipas kelajuan nombor 1 pun masih terasa sejukkk.

Dalam sejuk tu mulalah berfikir masakan yang boleh memanaskan badan. Disebabkan tadi keluarkan daging beku, maka terlintaslah daging masak lada hitam.

Bolehla kan… nak cepat.

Resepi di bawah ya…

Daging goreng lada hitam

DAGING GORENG LADA HITAM.

Daging -cuci dan hiris nipis.

Diperap selama 1jam dengan;
Sos tiram
Sos lada hitam
Sos tomato
Sos plum
Sedikit Minyak bijan
Lada hitam tumbuk
Tepung jagung
Kicap pekat
Stok perasa daging (jika menggunakan)

Sementara tu siapkan bahan tumis:
Lada benggala -potong dadu kasar
Bawang holland -potong kasar
Halia -hiris panjang batang mancis
Bawang putih -cincang halus
Tomato muda -potong dadu kasar
Sayur: Asparagus /brokoli /bunga kubis (jika ada)
Daun bawang

Minyak untuk menggoreng
Air panas secukupnya untuk kuah

Caranya:
1. Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng daging sudah diperap. Goreng sehingga kecut, tidak perlu garing. Angkat dan ketepikan.
.
2. Menggunakan minyak berbaki, sediakan secukupnya untuk menumis. sisihkan lebihan jika terlalu banyak. Tumiskan bawang putih sehingga wangi, tambah lada benggala, halia dan bawang holland serta asparagus. Teruskan menumis sehingga asparagus agak layu.

3. Akhir sekali masukkan daging siap digoreng tadi bersama lebihan sos perapan dan kacau rata. Tambahkan air panas jika mahu lebih berkuah. Sesuaikan rasa dengan gula dan garam (jika perlu). Biarkan mereneh seketika, kacau rata… dah siap boleh dihidangkan.

Sedap makan dengan nasi panas ataupun bubur nasi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: