Murtabak garing yang sedap!

Waktu ke Jakarta baru-baru ini saya sempat menikmati satu hidangan murtabak yang belum pernah saya nikmati atau temui di KL.

Rupa parasnya masih sama dengan murtabak kita, cuma kulitnya garing. Eh! Sedap uolssss…

Kebiasaannya murtabak kita kulitnya lembut, kan? Yang saya nikmati itu garing.. you know… garing.. crunchy.. macam keropok.

So, kita pun terfikir-fikir beberapa hari sesudah itu, bagaimana ianya dimasak. Digoreng deep-fry, pastinya. Tetapi pasti ada cara / teknik tertentu kan… sehingga lahsaya terjumpa video berkaitannya.

Dengan penuh semangat untuk mencuba, kita pun mula siap-siapkan bahan. Untuk inti hanya pakai sardin sahaja. Kebetulan itu yang paling pantas dan sedia ada dalam stok.

Bagi anda yang ingin mencuba boleh rujuk resepi yang saya tuliskan dibawah ya.

Untuk aturan penyediaan, sebaiknya doh disediakan awal. Kalau nak makan sarapan pagi, sediakan doh dan inti pada malam sebelum tidur.

Jom tengok resepi Murtabak Garing yang sedap ini…

MURTABAK GARING INTI SARDIN ala Bali

Oleh: Titipan Bundawidya

Bahan kulit murtabak:

600 gram tepung gandum

2 sudu makan minyak sapi

2 sudu makan susu pekat manis

1 biji telur

Sedikit garam

Air secukupnya

Minyak sayuran / minyak masak untuk rendam doh

Cara menyediakan doh:

Satukan kesemua bahan tepung, garam, telur, susu pekat manis dan minyak sapi dalam bekas besar.

Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga terbentuk jadi doh yang lembut, tidak melekit dan mudah diuli.

Uli sampai elastik dan licin, cantik. Kira-kira 15 minit. (Nak uli doh ni boleh juga gunakan mesin pengadun. Tapi saya senang pakai tangan kerana dapat pegang dan menentukan tekstur doh)

Siap menguli, sediakan satu bekas untuk menyimpan doh. Diisikan dengan sedikit minyak masak cukup untuk merendam doh-doh kecil tersebut.

Bahagikan doh kepada bebola kecil dan susun didalam bekas berisi minyak tadi. Dengan tepung 600gram saya dapat 16 biji doh kecil. Simpan semalaman pada suhu bilik sahaja pun boleh.

Bahan inti murtabak:

Saya menggunakan sardin, 2 tin, saiz sederhana.

2 tin sardin saiz sederhana, jenama apa bergantung kesukaan anda. Ambil sosnya sekali. Dilumatkan isi ikan sardin.

Bawang besar, potong dadu ~~sebanyak yg disukai. Saya suka banyak-banyak hehehe

Daun bawang ~~pun banyak-banyak

Cili api atau lada besar ~~hiris halus

4 biji telur ~bergantung saiz telur yg digunakan. Saya pakai gred A & B

Yoghurt asli (boleh diganti dengan mayonis atau perahan limau).

Garam dan gula secukup rasa.

Cara menyediakan inti:

Campurkan kesemua bahan dalam satu bekas dan kacau rata. Ketepikan sehingga tiba waktu untuk digunakan.

Penyediaan murtabak.

Sediakan kuali leper dan cukup lebar serta boleh menampung minyak. Tuang minyak untuk secukupnya menggoreng separa terendam. Panaskan minyak atas api kecil sementara mencanai doh murtabak.

Sediakan satu dulang rata cukup lebar untuk mencanai. Saya gunakan bahagian belakang talam.

Canaikan menggunakan tangan saja… macam tukang roti canai buat tu. Tapi tak de la nak tebar-tebar terbang bagai… tak pandai! Saya canaikan nipis dan tarik bahagian tepinya sampai dapat sekeping kulit yang nipis sedang elok untuk murtabak.

Macam ni haaa…

Langkah seterusnya sila ikuti video dibawah ya..

Dah siap dapat bentuk murtabaknya itu teruskanlah menggoreng sampai inti didalamnya elok masak.

Nak mendapatkan kulit rangup tu memang perlu menggoreng dengan minyak banyak ya… dan jaga apinya. Kalau api kecil nanti murtabak menyerap minyak (euwww…euwww…)

So, pandai-pandaila kawal kepanasan minyak tu.

Dah siap…

Jom makan…

Dikongsikan disini video penjual murtabak telor garing di Bali.

Sumber @biendalavienda.

Selamat mencuba!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: