Beg alat solek (makeups)

Beg ini diminta oleh seorang teman. Kain yang dipilih beliau US cotton corak Les Fleur dari koleksi Cotton+Steel. Dalam proses... Dan akhirnya siap! 😍😍 💖💖

Advertisements

Dompet saku untuk si kecil.

Kain buat beg ada sedikit berbaki jadi dijahitkan dompet untuk anak-anak pakai ke sekolah. Inilah sebenarnya dompet pertama yang dibuat... 👇👇 Syukur alhamdulillah akhirnya berjaya juga menjahit dompet untuk mereka setelah sekian lama menyimpan polanya. 😁😁 💖💖

Beg telekung untuk Little Misses.

Menggunakan baki kain US cotton dari projek lalu. Corak Woodland Pals dari Ann Kelle for Robert Kaufman. Ramai pula yang berkenan tapi sayang nak jual. Sebab... mereka takkan percaya dengan harganya. 😥😕 Little Misses happy! Sempat digayakan waktu mengunjungi Pameran Artifak Rasulullah dan Para Sahabat di Masjid Shah Alam minggu lalu. 💖💖