PESAN: Memulakan Perniagaan.

Teks ini adalah hak milik asal Tuan Mamak Haji dari perkongsian di laman sosial milik beliau. Dikongsikan semula disini sebagai rujukan empunya blog semata. Jika anda dapati perkongsian ini bermanfaat, silakan di panjangkan kepada sahabat berserta kredit kepada yang berhak. Terima kasih! ☺

Oleh: Mamak Haji

Sekiranya anda ingin mulakan perniagaan. Islam mengariskan 3 ciri utama dan boleh dianggap sebagai falsafah perniagaan untuk kita berjaya bukan saja didunia tetapi diakhirat sekali:

1. Tujuan (niat) – Persolan yang berkisar mengenai kenapa  untuk kita perlu berkecimpung dalam dunia perniagaan?.

2. Mengatur strategi perniagaan.

3. Nilai dan etika perniagaan yang membabitkan nilai atau polisi  dan  etika yang diatur untuk memacu sesuatu operasi perniagaan.
Ia termasuk bagaimana sikap sebagai seorang pemilik perniagaan bertindak  bersama dengan pekerja untuk menjalankan perniagaan.

Ada sahabat-sahabat Fb mamak haji ..ada niaga nasi lemak tak?…ini pagi Jumaat mamak haji tak cakap bohong..ingat lagi tak mami jual lemak selepas kateringi tengah hari kul 4:30 ptg hingga maghrib..3 jam je…sehari kat RM500.00 jualan…semakin tambah sebulan ke sebulan jualan…tahu kenapa?..bukan sedap yea..Niat itu!

Mengikut perpektif cara pemikiran peniaga-peniaga dari barat,  tujuan berniaga bagi mereka cuma mendapatkan keuntungan, tetapi  dengan peredaran masa dan dari pengalaman, perpektif tujuan  perniagaan barat ini telah berubah dengan memberi penekanan kepada, tujuan berniaga sebenarnya adalah untuk memenuhi tanggung-jawab sosial. Perubahan pemikiran falsafah barat ini di sebabkan masyarakat barat kini menganggap seorang peniaga perlu bertanggungjawab pentingkan alam sekitar di kawasan yang dia berniaga, kebajikan masyarakat setempat dan juga kebajikan pekerjanya. Dari pandangan peniaga-peniaga barat, tanggung jawab sosial ini boleh meningkatkan imej sesebuah syarikat perniagaan mereka dari kaca mata masyarakat dan sekali gus boleh meningkatkan permintaan terhadap perkhidmatan atu produk mereka.

Pandangan falsafah perniagaan Islam, lahir dari falsafah kehidupan manusia yang telah ditentukan oleh Islam. Ia berbeza dari falsafah barat yang seringkali berubah mengikut selera atau dari pengalaman. Tujuan berniaga mengikut falsafah perniagaan Islam berasaskan tauhid. Ia berkaitan rapat dengan kesan tauhid dalam kehidupan manusia. Keperluan asas mengikut tauhid adalah Agama. Nyawa. Akal. Keturunan. Harta.

5 perkara di atas digelar “Masa’lih”.. bermakna segala yang memelihara salah satu atau kelima-lima perkara yang tersebut di atas.

“Mafa’sid” pula bermakna segala yang boleh memberi kesan negatif  ke atas salah satu atau kelima-lima perkara di atas. Islam mengharamkan mafa’sid dalam kegiatan perniagaan kerana ia jelas boleh memberikan kesan yang negatif terhadap pencapaian dharuriyah,  ia itu dalam memelihara kelima-lima perkara di atas. Contoh ialah perniagaan arak diharamkan oleh Islam kerana kita boleh memahami rasionalnya dengan memahami kesan negatif arak terhadap agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda manusia.

Dengan sebab ini lah kegiatan perniagaan dalam Islam adalah dianggap bagai salah satu Ibadah. Sekiranya perniagaan dilakukan dengan niat yang ikhlas serta bersesuaian dengan syariat Islam akan mendapat keredhaan Allah SWT. Maka tujuan membuka perniagaan perlu dimulai dengan niat yang murni untuk memenuhi tanggung jawab seperti berikut:

1.Keperluan diri secara sederhana.
2.Keperluan untuk keluarga.
3.keperluan untuk masa depan diri sendiri.
4.keperluan untuk keluarga di masa depan.
5.Perkhidmatan yang disalurkan kepada kepentingan sosial termasuk berusaha menegakan agama Islam, membantu ummah dengan membasmi kemiskinan, menyediakan pekerjaan untuk yang diperlukan dan lain-lain tanggung jawab terhadap masyarakat Islam setempat.

Rasullullah s.a.w pernah memberi motivasi untuk kaum muslimin menceburkan diri dalam perniagaan dengan bersabda: maksudnya.

“Didorong atas kamu ialah perniagaan kerana di dalamnya ialah sembilan per sepuluh daripa rezeki”.

Macam khtubah Jumaat pulak dah..jgn tertidur balik sudah…hahahaha. Jrang kita dgr khutubah mengenai pemakanan dan juga perniagaan kan..kan.. hehehe

*Boleh baca catatan lain oleh Tuan Mamak Haji di sini.

Leave a comment