Kebaya AADC2 ! Oh tidaaakkkk…

Hello! Hello Saturday!
Eh, Sabtu (tidak bercadang menulis dalam bahasa Inggeris πŸ˜…).
.
.
Semalam merancang hendak menyiapkan kerja jahitan telekung yang masih banyak tertangguh. Jumaat, bermula selepas isya’ memang kebiasaan saya ‘all out’ kerja jahitan. Samada merajah pola, menggunting kain atau memulakan jahitan -kerana esok adalah Sabtu, hari yang lebih relaks jika tiada sebarang acara keluarga atau aktiviti lain.
.
Jadi, malam tadi masih berkira-kira menyiapkan jahitan telekung, tiba-tiba berasa mahu sesuatu yang berbeza. Seperti mahu lari dari mode ‘auto pilot’ (bila dah biasa dengan satu-satu kerja tu…boleh buat pejam mata!), mahu jahitan baru selain telekung. Mahu kain baru selain yang warnanya putih.
.
Okeh, selongkar koleksi dan bertemu si pelangi.
.
Menggunakan pola baju moden sedia ada, terus berasa mahu cuba kebaya kelepet. Terus gunting kain dan, alhamdulillah… siap menjahit sekitar jam 2 pagi.

image
Suka untuk saya catatkan disini: ini Kebaya pertama jahitan saya! And i'm so in ❀!

Baju ini saiz anak 6 tahun. Khususnya untuk cik Widya.
.
Saat mengulit kainnya tak perasan sesuatu. Namun setelah beberapa muatnaik di instagram dan fb, ya Tuhan… inikan warnanya Aa Aa Dey Che??? πŸ˜‚πŸ˜‚
.
Maaf ya kalau ada yang cebik cebik.. atau euww euww…atau apa apa mahu bilang saya gila AADC AADC2 barangkali. Tak apa-apa kok!
.
Barangkali ini yang sering disebut sesuatu ‘di luar sedar’. Bukan soalnya fanatis atau apa ya… saya mohon tolong jangan melabel begitu.
.
Okayh sebelum terlupa,
.
Saatnya baju ini siap dijahit terus rasa sangat bersyukur
.

Ya Allah…

terima kasih buat Mak yang mengajarkan menjahit. Saya cuma belajar dengan mulai baju kurung pesak sahaja dari emak. Lain-lainnya seperti baju moden saya usaha sendiri melalui pembacaan dan rujukan buku sehingga sekarang sudah boleh menjahit baju-baju moden dan terkini kebaya, buat pakaian sendiri, anak-anak dan keluarga. Semoga ini akan jadi satu ilmu yang bermanfaat buat diri.

.
Kalau dulu waktu kecil pernah sembang-sembang sama emak katanya, cita-cita Emak mahu ada sebuah butik pakaian sendiri. Mempamer hasil dari jahitan sendiri. (Emak memang seorang tukang jahit pakaian yang mengambil upah jahitan dari orang-orang kampung).
.
Sampai sekarang emak belum punya butik fizikal yang diimpikan. Tetapi tanpa sedar, sudah berjaya mewujudkan ‘butik’ dan ‘pakaian’ itu.
.
Butik dimiliki oleh adik (ProjectVendors).
Pakaian yang koleksinya pelbagai -dari gown moden, skirt, seluar dan fesyen tradisional, pula ada di sini. Bersama saya. Yang diperaga oleh anak-anak. 😊
Cuma sekarang, masanya belum sampai untuk 2 elemen ini bergabung. Masih perlu usaha πŸ’ͺπŸ’ͺ.
.
Semoga doa mak akan terus menjadi landasan buat kami, anak-anak, untuk berjaya dalam bidang-bidang kami. Ameeen…
.

image
Label NK ini kini sudah lengkap dengan keberhasilan KEBAYA hasil jahitan saya yang pertama awal pagi tadi.

Leave a comment