RESEPI : Daging Jeruk (Pekasam Daging)

Resepi ini diperolehi dari perkongsian di grup masakan FB. Amat menggiurkan, sementelah penyediaannya dan hasilnya serupa dengan pekasam yang memang jadi kegemaran.

Kebetulan berpeluang membeli daging segar tempohari, diasingkan sedikit khusus untuk mencuba resepi Daging Jeruk ini.

Hasilnya memang memuaskan. Sangat sedap dan sesuai citarasa. Satu hidangan pembuka selera yang cukup mudah disediakan malah berbaloi kerana dapat disimpan lama.

Tapi, untuk tahan lama, kena buat lebih lah. Sedap sangat. Tambahan pula, barang sedia dimasak ni, kalau dah ada… memang laju la menyediakannya. Kalau sekali goreng satu hidangan, sekelipan mata boleh habis. Anak-anak pun suka.

Marila cuba buat sendiri.

DAGING JERUK
Sumber: fb Yuss

Bahan-bahan:
Daging (untuk memudahkan proses menghiris nipis, sebaiknya daging dalam keadaan separuh beku)

Asam limau (boleh gunakan limau nipis / lemon / kasturi)
Garam halus.

Cara-cara:

1. Basuh daging dan hiris nipis sehingga selesai.

2. Sediakan bekas penyimpanan, boleh bekas plastik atau balang kaca. Lapiskan daging didasar bekas, ratakan air perahan limau dan taburkan garam. Ratakan pada keseluruhan permukaan daging.

3. Ulang langkah sama sehingga selesai semua bahan.

image
Siap untuk proses seterusnya. Pemeraman selama 24 jam.

4. Simpan dalam peti sejuk. Tidak perlu dibekukan. Cukup sekadar bahagian dingin sahaja.

5. Selepas 24 jam, sudah boleh digunakan untuk dimasak ikut kesukaan anda.

image
Daging Jeruk goreng bersama bawang dan lada kering. Yummmmsss!

Menurut penyumbang resepi, daging jeruk ini boleh bertahan disimpan selama 3 bulan dalam peti sejuk.

image
Dihidang bersama nasi panas baru siap ditanak sahaja sudah cukup membangkitkan selera. ☺😊

Sesuai juga dijadikan makanan masa berpantang agaknya, kan? (Orang tua suruh pantang makan, kita bantai pantang nampak makanan 😃)

Ish..ish..ish !

Leave a comment